Thursday, December 9, 2021

Peti #119 : Hobi

Suatu kepuasan bila melukis mata.

 

Assalamualaikum & Hi!

Alhamdulillah bila dah login semula akaun blogger ni, rasa terubat sikit rindu nak menulis. Masa lapang kalau dulu suka juga ambil gambar. Ambil gambar pokok, gambar bunga dan selfie sendiri. Hanya ambil gambar suka-suka dan syok sendiri. Tak tau teknik dan tak belajar teknik ambil gambar pun. Hahahaa...

Hobi aku sebetulnya melukis. Dari kecil aku suka melukis. Kalau waktu pendidikan seni di sekolah, biasanya jarang aku dapat habiskan tugasan seni dalam masa yang cikgu berikan. Mesti dalam waktu pendidikan seni tu, aku antara yang last sekali siapkan tugasan. Sebab aku ni jenis suka ambil masa bila melukis dan mewarna. Aku suka enjoy dan melayan perasaan. Koya orang kabo! 😁

Actually, aku memang kagum dengan orang yang pandai melukis dan konsisten melukis. Jeles weh bila ada kawan-kawan yang selalu update lukisan diaorang kat FB dan IG. Konsisten tiap minggu melukis. Tak kira apa genre sekalipun. Lagu satu aku pun kagum dengan orang yang suka mengait. Pendek kata aku suka orang yang berseni dan ada jiwa seni. Walau aku sendiri bukanlah tahu sangat pun istilah-istilah berkaitan seni.

Sebenarnya dari lubuk hati paling dalam ni aku teringin nak share hobi aku dengan orang-orang sekeliling, cuma aku belum jumpa orangnya. Aku takde kawan rapat yang sama-sama suka melukis. Hanya ada beberapa kenalan di FB dan IG yang belum rapat 😄. Eh mana tau, mungkin tak lama lagi aku akan dapat kawan yang boleh melukis sama-sama hujung minggu kan! 😉

Peti #118 : Eh, Rindu!

Dulu masa bujang aku suka juga ambil gambar. Pakai Canon Ixus aje. Masa tu tak mampu pakai DSLR. 😄

 

Assalamualaikummm...

Assalamualaikum untuk kesekian kalinya.

Seriuslah sebenarnya rindu. Rindu dengan blogwalking. Rindu nak menulis. Sejak-sejak dah ada FB, ada IG, ada Whatsapp, ada Tiktok ni semua, blog seakan mula menyepi, jauh.

Aku pun dah tua. Lebih 30 series. Blog ni pun dah tua. Makin hari makin kalut dan larut dalam kehidupan bersama suami, anak-anak, keluarga dan kerjaya.

Aku menulis ni pun bukan mengharapkan ramai yang membaca.

Aku hanya menulis tentang suatu rasa, suatu kenangan, suatu pengalaman dan suatu perjalanan kehidupan. Iye, untuk ingatan dan tatapan aku sendiri yang mungkin bila orang lain baca, kan ada tambah sedikit rasa dalam hidup kalian.

Aku suka membaca tulisan orang. Namun aku tak begitu 'baik' dalam menulis. Hanya sekadar meluah rasa melalui tulisan; yang adakala 'sampai' dan adakala tak 'sampai' terus terdampar di pantai sepi dan dibawa bersama ombak yang akhirnya tenggelam ke laut dalam. Eh, apa pulak ni?

Kali terakhir aku update blog ialah bulan Mac 2017. Bermakna lebih kurang 4 tahun 9 bulan blog ini sunyi. 😴

Kali ni aku cuba. Tengoklah nanti boleh pergi setakat mana.