Wednesday, October 31, 2012

Peti #78 : Saat Ini

Saat ini
Rasanya hilang
Dan makin kabur
Dari pandangan

Ada masanya,
Hati tak wajar merasakan apa-apa,
Dan otak tak perlu ligat fikir apa-apa,
Kerana letih, lelah dan perit,
Melihat hukum alam,
Tak menyebelahi nasib.

Hanya tunggu,
Takdir yang Dia tentukan,
Duduk diam-diam.
Tadah tangan, berdoa.

Peti #77 : Deepavali

Semangat menghias sudah mari! Akan update nanti hasil akhirnya :-)











Peti #76 : Birthday Octoberian & Novemberian













Peti #75 : Wordless Wednesday (#9) - Hujan

Sumber : Deviantart

Monday, October 22, 2012

Peti #74 : Harapan

Sumber : Google


Assalamualaikum.

Saya mengundang kamu bertamu.
Berbicara tentang harapan.

Harapan kelmarin tak datang menjemput.
Mengharap esok menunggu bersambut.

Nah cuba kamu lihat.

Cuba lihat bunga seripagi.
Menyimpul harapan pada jeriji halus.

Cuba lihat pasir halus.
Mendamba harapan pada hempasan ombak.

Cuba lihat sang pungguk.
Meletak harapan pada bulan malam.

Bintang semalam.
Tak muncul-muncul.
Udara sejuk.
Mengundang rajuk lantas menyorok.

Memang bintang barangkali tahu.
Pungguk itu gila.
Mengharap rindu pada bulan jauh.

Maaf.
Pungguk sudah lelah.
Menyata hasrat memujuk.

Pada sang bulan.
Jauh nampak terang.
Dekat-dekat macam penakut.

Tuesday, October 16, 2012

Peti #72 : Candy Buffet

Al-kisahnya, ada permintaan untuk menyeponsor Candy Buffet bagi mereka-mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Oktober dan November, termasuklah Cik Petimasa. Jadi saya sedang godek-godek Miss Google untuk mendapatkan ilham. Walaupun jari-jari mungil ni sedang bertabah merunding bajet dengan Encik Kalkulator. Hmm...RM100? hmm... RM200? hmmmmmm.... RM500???

Okey...
Okey...
Inilah hasil pencarian sekejap tadi...
















Saya prefer yang ada tembikai tu, nampak kemas, simple....dannnnn...bajet macam murah sikit...hehehe :-)

Friday, October 12, 2012

Peti #71 : Beli Buku

Alhamdulillah telah berjaya membeli buku masa event di ofis tadi. Buku apa?

Kulit depan buku

Judul : Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam
Pengarang : Muhammad Nawawi Al-Bantani (Penulis); Fuad Kauma (Penterjemah)
Terbitan : Synergy Media
Bil. Mukasurat : 312

Baiklah, secara ringkas mengenai buku ni dan kandungannya yang saya extract dari kata pengantar dan sinopsis di kulit belakang buku. 

Buku ni adalah karya dari buku asal Nashaihul 'Ibaad karya Muhammad Nawawi bin 'Umar A-Jawi. Sesuai dijadikan sebagai pedoman dan rujukan berperilaku sesuai dengan tuntutan Islam. Kandungan buku berkisar tentang peringatan dan nasihat dan sebahagiannya terdiri daripada beberapa persoalan dan masalah. Buku ni ada 214 perbahasan yang didasarkan pada 45 hadis. Ada yang mudah difahami dan very straight forward. Ada juga memerlukan pemahaman yang agak mendalam dan bila kita dah faham dan praktikkan dengan ikhlas dalam kehidupan sehari-hari, insyaAllah dapat membersihkan hati, menyucikan jiwa. 

Bahasanya mudah dan cukup sederhana, mudah difahami. Bila dah start baca, nak baca dan baca lagi :-)

Kandungan dalam buku ni yang terbahagi kepada 10 bab iaitu:-

Bab 1 : Berkaitan Pengendalian Diri
Bab 2 : Berkaitan Zuhud
Bab 3 : Berkaitan Tanda Keimanan
Bab 4 : Berkaitan Penawar Hati
Bab 5 : Berkaitan Rahsia Allah s.w.t
Bab 6 : Berkaitan Hari Kiamat
Bab 7 : Berkaitan Nasihat Berguna
Bab 8 : Berkaitan Golongan Manusia
Bab 9 : Berkaitan Hikmah
Bab 10 : Berkaitan Kitab Taurat

Senarai bab-bab

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke arah kebenaran dan kebaikan sehingga kita mendapat redho dan keampunan-Nya.

Wednesday, October 10, 2012

Peti #70 : Wordless Wednesday (#7) - Pizza

Nak ni... nak ni....!

Peti #69 : Siri Kucing (#1)

Assalamualaikum.
Ekslusif untuk awak-awak yang sudi baca blog cekeding ini, saya persembahkan Siri Kucing yang akan mengiau-giau dalam blog ini bermula dari saat ini.

 Ngiau...




Ngiau...




Ngiau...





Kopot dan Wiwi


Kopot adalah kucing pertama yang saya miliki. Waktu itu saya berumur 4 tahun.
Wiwi adalah toy kucing berbulu pink milik Kopot.

Nantikan siri seterusnya ye... :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

Peti #68 : 3 Hari Lagi


:-)

Assalamualaikum. Sihat? Bizi ke minggu ni? Macam saya, kerja tu ada @ tak ada, memang maintain macam itu jugaklah. Oh ye kat ofis yang menggaji saya ni ada wat event makan2 Jumaat nanti. Alang-alang tu jemput lah datang ye semua. Bawak tupperware sekali. Heh. Bukan2. Jangan datanglah, takut makanan tak cukup.

Astaghfirullahal azim...apa la yang saya merepek ni. Sebenarnya otak pun rasa makin mengecil 2 3 hari kebelakangan ni. Mungkin stimulus yang diterima berskala kecil, tak cukup nak rangsang neuron untuk berhubung. Perlu ke minum Anmun Essential? Macam dah terlebih umur. Anmum Materna? Tak mengandung pulak!.

Tau tak dalam kepala rasa macam memulas-mulas mula datang menjelang 3 hari sebelum. Haiiik??? Okey silap. Sebenarnya perut ni rasa memulas-mulas macam ada rama-rama kecil terbang berlegar-legar dalam tangki bersaiz XL ni. Kaitan memulas-mulas ini sudah tentunya dengan perkara samar-samar yang belum dapat confirmkan menjelang event makan2 3 hari lagi je ni.

Tau tak dalam kepala rasa macam dah kecur air liur membayang-bayangkan tengah makan (makan ke minum???) Cendol Pulut di gerai Sitti Nor Haryati Zawiyah (bukan nama sebenar) di depan pasaraya U-Mart tu. Dan jika hal sedemikian berlaku, maka hancurlah plan diet yang masuk kali ketiga ni. Astaghfirullahal azim...

Semalam, ye malam semalam adalah waktu yang sangat lambat berputar. Jam di dinding seolah-olah hampir kehabisan bateri. Merangkak-rangkak jarum pendek tu nak cecah jam 11. Bila dikenang-kenangkan seolah-olah hampir 30 kali mata bulat ni dok jeling-jeling jam di dinding sambil layan TV cerita benar tentang orang nyalahgunakan pil kat #712 E!. Dan-dan tu boleh meleleh air mata dua tiga titik tengok cerita tu.

Lagi 3 hari nak event makan2 tu, rasa macam tak ada semangat kental buat apa-apa. Mengharapkan ada orang tolong suapkan nasi, buatkan milo ais, taipkan entri dalam blog ni, dan tolong drive gi keje. Dan harap sangat ada yang sudi tolong beruskan gigi dan picit jerawat pasir ni sekali.

Lagi 3 hari je untuk event makan2 tu. Tolonglah datang keajaiban. Sekarang.

Ye. Sekarang.

Sebelum saya buat meja ofis ni bersepah. Sebelum saya keluarkan pensel warna kacuh-kacuh atas kertas putih dan dengar lagu kuat-kuat kat HP Nokia saya. Huhuhu...

Tuesday, October 2, 2012

Peti #66 : Al-fatihah

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Al-fatihah. Oktober ini kehilangan lagi.

Sempat bersua di Aidilfitri. Kamu genggam erat tangan saya.

Terasa urat-urat tua, seakan minta fahami penderitaan kamu.

Moga roh kamu tenang di sana.

Moga kamu bertemu tempat yang sesuai di sana.

Monday, October 1, 2012

Peti #65 : Layang - layang



Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layaknya terbang layang-layang kertas,
Kau simpul utuh talinya,
Sedang kau takut luka di jari.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layang-layang melayang tinggi,
Kau pegang kemas ikatannya,
Sedang kau takut talinya putus.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Di bawah payung langit mendung,
Meliuk dalam udara barat dan timur,
Sedang kau bimbang kencang angin bertegar.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Tanpa luka dan remang harapan,
Tanpa goyah dan kencang ujian,
Untuk kau terbang tinggi.


Sesudah perginya pelangi,
Mentari terbit dari ufuk bumi,
Dan awan putih muncul lagi,


Atau kau masih cari berani?



Peti #64 : Luka


Luka 'main' pisau

Langit Oktober datang lagi
Menyapa sang pencinta
Yang hatinya berbalut suram
Dek luka tak pernah kering

Hujan September berlalu pergi
Meninggalkan sang pencinta
Merangkul kemas memori duka
Dek luka hati berderai

Cahaya November muncullah semula
Mengintai sang pencinta
Gemerlapkan hati dan jiwa
Dek luka berparut kelam

Disember,
Katakanlah

Januari,
Ketahuilah,

Februari,
Mengertilah,

Mac,
Fahamilah,

April,
Gantikanlah,

Mei,
Semaikanlah,

Jun,
Cambahkanlah,

Julai,
Suburkanlah,

Ogos,
Peliharakanlah,

Dan

September,
Ubatilah,

Luka sang pencinta
Hatinya pernah derita
Membungkam air mata lara
Mengukir senyum kecewa

Yang Maha Lembut, Yang Maha Menyinta,
Peliharalah hati sang pencinta,
Dari luka bernanah nista,
Sungguh perit tak tertanggung jiwa.

Dia tak tahan,
Perit dihiris luka.