Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Peti #83 : Tembak bintang




3.41 petang
Hari masih terik


Macam masuk keranda
Rasa nyawa-nyawa ikan

Oksigen hampir kosong

Tak sabar tunggu malam

Mahu tembak bintang
Jatuh berderai-derai

Tamatlah untuk hari ini
.
.
.

Monday, December 31, 2012

Peti #82 : Penutup

Assalamualaikum isnin yang indah.
Hujan rintik-rintik di bawah awan kelabu.
Kelkatu terbang mencari terang.
Kodok memanggil, unggas menyahut.
Subhanallah...
Indahnya hari terakhir di bulan Disember.

Dingin penghawa dingin menggigit jemari mungil.
Kian lama November beralih Disember.
Membekukan pancaindera mata, hati dan minda.
Petimasa yang jadi mangsa dek kekontangan cerita.

Aku masih di sini.
Berteman hidup dan suasana begini.
Melukis jalan cerita di kanvas sama.
Melalui jalan cinta di lembah sama.

Ternyata impian bukan suatu yang terduga.
Selagi kaki masih gagah berlari.

Sunday, November 11, 2012

Peti #79 : Semangat

Semangat entah pergi mana.
Sejak 2 3 hari ini.
Mungkin sejak 2 3 bulan lepas.
Atau barangkali dulu-dulu lagi.
Makin pudar, makin kelam, makin tenggelam.
Dalam hari bertukar ganti.
Dalam waktu berputar pergi.

Semangat itu lepas dari genggam.
Jauh meninggalkan diri.
Lepas bebas entah ke mana.
Entah ke timur entah ke barat.
Entah ke hujung dunia di Kutub Utara.
Entah ke kaki langit muncul mentari.
Menggapai pelangi bila hujan berhenti.

Semangat itu serasa hilang.
 Beransur-ansur pergi.
Oktober berganti November.
Angka usia bertambah lagi.

Tapi semangat tetap saja pergi.
Mujur tak bawa hati kecil.
Yang masih mengharap simpati.
Belas kasihan dari Ilahi.

Wednesday, October 31, 2012

Peti #78 : Saat Ini

Saat ini
Rasanya hilang
Dan makin kabur
Dari pandangan

Ada masanya,
Hati tak wajar merasakan apa-apa,
Dan otak tak perlu ligat fikir apa-apa,
Kerana letih, lelah dan perit,
Melihat hukum alam,
Tak menyebelahi nasib.

Hanya tunggu,
Takdir yang Dia tentukan,
Duduk diam-diam.
Tadah tangan, berdoa.

Monday, October 22, 2012

Peti #74 : Harapan

Sumber : Google


Assalamualaikum.

Saya mengundang kamu bertamu.
Berbicara tentang harapan.

Harapan kelmarin tak datang menjemput.
Mengharap esok menunggu bersambut.

Nah cuba kamu lihat.

Cuba lihat bunga seripagi.
Menyimpul harapan pada jeriji halus.

Cuba lihat pasir halus.
Mendamba harapan pada hempasan ombak.

Cuba lihat sang pungguk.
Meletak harapan pada bulan malam.

Bintang semalam.
Tak muncul-muncul.
Udara sejuk.
Mengundang rajuk lantas menyorok.

Memang bintang barangkali tahu.
Pungguk itu gila.
Mengharap rindu pada bulan jauh.

Maaf.
Pungguk sudah lelah.
Menyata hasrat memujuk.

Pada sang bulan.
Jauh nampak terang.
Dekat-dekat macam penakut.

Monday, October 1, 2012

Peti #65 : Layang - layang



Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layaknya terbang layang-layang kertas,
Kau simpul utuh talinya,
Sedang kau takut luka di jari.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layang-layang melayang tinggi,
Kau pegang kemas ikatannya,
Sedang kau takut talinya putus.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Di bawah payung langit mendung,
Meliuk dalam udara barat dan timur,
Sedang kau bimbang kencang angin bertegar.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Tanpa luka dan remang harapan,
Tanpa goyah dan kencang ujian,
Untuk kau terbang tinggi.


Sesudah perginya pelangi,
Mentari terbit dari ufuk bumi,
Dan awan putih muncul lagi,


Atau kau masih cari berani?



Peti #64 : Luka


Luka 'main' pisau

Langit Oktober datang lagi
Menyapa sang pencinta
Yang hatinya berbalut suram
Dek luka tak pernah kering

Hujan September berlalu pergi
Meninggalkan sang pencinta
Merangkul kemas memori duka
Dek luka hati berderai

Cahaya November muncullah semula
Mengintai sang pencinta
Gemerlapkan hati dan jiwa
Dek luka berparut kelam

Disember,
Katakanlah

Januari,
Ketahuilah,

Februari,
Mengertilah,

Mac,
Fahamilah,

April,
Gantikanlah,

Mei,
Semaikanlah,

Jun,
Cambahkanlah,

Julai,
Suburkanlah,

Ogos,
Peliharakanlah,

Dan

September,
Ubatilah,

Luka sang pencinta
Hatinya pernah derita
Membungkam air mata lara
Mengukir senyum kecewa

Yang Maha Lembut, Yang Maha Menyinta,
Peliharalah hati sang pencinta,
Dari luka bernanah nista,
Sungguh perit tak tertanggung jiwa.

Dia tak tahan,
Perit dihiris luka.

Tuesday, September 25, 2012

Peti #59 : Roh Mendung






Aku bukan malaikat bumi
berbias cahaya

Aku hanya di gigi langit
menggapai tangan yang paling tinggi

Aku hanya berteman bayang
tak dongak pada mentari

Aku hanya berlari di kaki langit
menggapai debu basah
menggenggam angin mendung
dalam larut sempadan laut

Aku hanya berteman cahaya
makin mendung menutup hari

Oh bintang tinggi muncullah!
bawa roh nyata
agar tangan bisa berpaut
bisa simpan dalam genggam

Mendung itu larut
membuat aku lena
dan tak jadi penakut

Aku cuma mahu
curi bintang-bintang
yang bawakan roh nyata
sinar benderang buat rabun mata

Kerana aku tunggu pagi
membawa peragut cinta
tiada gentar
kerana pergilah aku....

Hanya UNTUK DIA....
 


 

Tuesday, July 31, 2012

Peti #42 : Terkenang

Terkenang yang jauh...
Terpisah benua...
Terpisah negara...
Terpisah

Terkenang yang jauh...
Tak pernah ketemu...
Tak pernah bersua...

Terkenang yang jauh...
Akankah ketemu...
Akankah bersua...

Jodoh pertemuan dalam genggaman Dia...
InsyaAllah diizinkan-Nya...
Kita bertemu..kita bersua...

Biarpun tidak di alam nyata...
Robbul Izzati...
Sampaikan angin bayu...
Dari kejauhan ini...
Selamat berpuasa buat si dia di sana...

Dan...moga baik-baik saja...

Monday, June 18, 2012

Peti #33 : Ada Masa Adakalanya

Ada masa,
Adakalanya,
Bisu

Ada masa,
Adakalanya,
Keliru

Ada masa,
Adakalanya,
Buntu

Ada masa,
Adakalanya,
Mahu buka jendela baru

:-)

* Saya sentiasa mencari dan belajar.

Adakala hitam, adakala putih.
Adakala adil, adakala kejam.
Adakala wajar, adakala tidak wajar.
Adakala nyata, adakala khayalan.
Adakala indah, adakala buruk.
Adakala BENAR, Adakala SALAH.

Wednesday, June 13, 2012

Peti #30 : Berlian Hadir Lagi - Memilih Yang Terpilih


Terang gelap pandangan tetap sama,
Merantau alam, merantau ujian
Ternyata...
Hati mudah menipu, mudah tertipu.


Menunggu bayu senja berlabuh,
Menatap langit mulai keruh,
Ternyata...
Hati mengeluh, perih.


Penantian,
Menutur sisa kata yang semakin rapuh,
Ternyata...
Hati meratap, menangis.


Berlian hadir lagi,
Memilih yang terpilih,
Meski tak ada yang pasti,
Tetap bertahan, menanti.


Berlian itu hadir lagi.



[Saya tak mahu menjadi kebimbangan kamu, saya tak ingin menambah keraguan dalam kata putus kamu]


Dari saya :-)

Friday, June 8, 2012

Peti #29 : Tenang di Sana

Assalamualaikum. Salam Jumaat buat semua. Semoga awak semua dikurniakan kesihatan yang baik dan tambah bersemangat melaksanakan ibadah dan tugasan harian.

Saya orangnya cengeng. Saya orangnya sensitif. Saya orangnya mudah tersentuh. Saya orangnya penuh beremosi. Saya memang begini.

Haribulan ini, tapi di tahun lepas, saya bercuti bersebab. Insan yang mengandungkan saya dan memboyot perutnya selama 9 bulan 10 hari, insan yang dengan jerih payahnya membesar dan mendidik saya selama ini, insan yang tak pernah surut kasih sayangnya kepada saya, dialah emak saya. Tahun lepas, 8 Jun, emak saya menjalani pembedahan tulang belakang setelah terlibat kemalangan jalanraya pada 31 Mei 2011.

Serasa sejak emak mengalami kemalangan jalanraya, jiwa saya bermain dengan penuh emosi, sedih terutamanya, takut dan bimbang bercampur baur.

Seingat saya pagi itu (8 Jun 2011)  hari Rabu, sedari saya bangun dari tidur, saya lihat kakak kedua saya sudah mahu bertolak, menjenguk emak di hospital. Saya masuk ke bilik abang saya, mencari-cari dia di sekitar rumah. Juga menjenguk ke rumah kakak sulung saya yang terletak di belakang rumah emak. Rupa-rupanya mereka (kakak sulung dan abang) telah terlebih dahulu ke Hospital Temerloh, melihat keadaan emak sebelum emak menjalani pembedahan pada jam 10 pagi. Saya pun cepat-cepat bersiap seadanya memandu ke hospital dan sampai di sana lebih kurang jam 10 pagi. 

Malam sebelumnya, saya menegur abang kerana dia terlena di bilik kakak ketiga saya. Jadi saya minta dia bangun dan menyambung tidurnya di bilik dia. Saya sangat-sangat-sangat ingat pandangan terakhir abang saya kepada saya. Sejurus saya menegurnya, dia bingkas bangun dari tidur, duduk dan diam, terus memandang saya yang berdiri di muka pintu dari dalam bilik gelap itu. Namun tiada sepatah pun dia bersuara, cuma dia macam hairan, terpana, pandangannya ke arah saya, seperti kosong...

Berbalik kepada situasi pagi itu. Ketika saya sampai di hospital, saya tidak sempat bertemu emak kerana emak sudahpun berada di dalam dewan bedah. Saya terus menunggu di luar bilik bedah bersama kakak sulung, abang ipar, kakak kedua dan ayah saudara saya. Kakak ketiga saya terpaksa bekerja pada hari itu. Selama tempoh seminggu sejak emak kemalangan, kami adik-beradik mengambil cuti bergilir menjaga emak di hospital. Saya masih tidak bertemu abang di hospital pagi itu. Kakak sulung memaklumkan abang sudahpun berjumpa dengan emak sebelum emak masuk ke dewan bedah dan dia sempat bersarapan dengan kakak sulung saya selepas itu. Lepas bersarapan, terus abang pulang ke rumah.

Kami berbual-bual sambil menunggu emak selesai pembedahan di dewan bedah. Tiada mood untuk berborak sakan, kerana dalam hati masing-masing risau dengan keadaan emak di dalam bilik bedah. Alhamdulillah menjelang jam 1 tengah hari, emak selamat dibedah dan ditempatkan semula di wad biasa. 

Sejurus itu, keadaan emak terlalu lemah akibat kesan ubat bius yang belum sepenuhnya hilang ditambah kesakitan di tempat pembedahan. Emak tidak sedar 100%. Jadi saya menunggu emak di hospital sehingga petang. Manakala ahli keluarga yang lain pulang ke rumah terlebih dahulu.

Petang itu, seperti biasa, kakak-kakak dan keluarga terdekat datang melawat emak di hospital. Jadi giliran saya pula pulang ke rumah, digantikan dengan kakak kedua menjaga emak di hospital. Sebelum tiba di rumah, dalam perjalanan saya sempat singgah membungkus nasi lemak untuk abang makan di rumah nanti. Namun, sesampainya di rumah maghrib itu, saya masih tidak bertemu dengan abang. 

Malam itu selepas Isya', saya bersiap-siap untuk ke hospital menggantikan shift kakak kedua saya. Saya menjaga emak pada malam itu sehingga esok pagi. Sebelum bertolak saya sempat menjenguk ke rumah kakak sulung, bertanyakan di mana abang. Dia hanya menjawab abang mungkin keluar bertemu kawannya petang tadi dan belum pulang ke rumah.

Sesampai di hospital, bunyi sms kakak kedua mengiang di telefon nokia saya, memaklumkan supaya saya tidak terus naik ke wad di mana emak ditempatkan. Ini kerana abang saya dan dia sudahpun berada di sana. Peraturan di hospital ialah apabila di luar waktu melawat, hanya seorang penjaga/ahli keluarga dibenarkankan menjaga pesakit pada satu-satu masa.

Terus saya meletakkan kereta di parkir pelawat dan menuju ke ruang menonton TV di luar wad.  Jam hampir 10 malam ketika itu. Setelah memaklumkan saya berada di ruang menonton TV, tidak lama kemudian kakak kedua datang kepada saya dan mengatakan, biarlah saya tunggu di situ sehingga abang saya pulang dahulu. Bila abang dah keluar dari wad itu, bolehlah saya masuk ke wad untuk menjaga emak kerana dikhuatiri terserempak dan ditegur oleh pengawal keselamatan meronda di dalam wad.

Jarum jam menunjukkan 11 malam, hampir sejam saya asyik berborak dengan kakak kedua. Sesekali kakak kedua menjenguk emak di katil wad bersama dengan abang. Sekitar jam 11.15 terus kakak kedua memaklumkan abang saya sudah pulang ke rumah. Sejurus itu juga, kakak kedua pun mengiringi abang pulang ke rumah. Tinggallah saya menjaga emak di hospital malam itu. Hari itu sehingga malamnya, saya tidak bertemu langsung dengan abang, baik di rumah, mahupun di hospital. Sewaktu masuk menggantikan shift kakak kedua, saya lihat di dinding sisi katil emak, ada tampalan Ayatul Kursi. Kata emak, abang yang menampalnya sebentar tadi. Malam itu saya tidur-tidur ayam di sisi emak dengan hati bercampur baur melihat emak menahan kesakitan.

Keesokan paginya, 9 Jun 2011 (Khamis) ketika azan subuh, saya bangun, mandi di tandas hospital dan bersiap-siap seadanya untuk terus memandu ke tempat kerja. Selepas menguruskan serba-sedikit keperluan emak dan mengucup tangan dan wajah lesu emak, saya turun ke tingkat bawah terus menuju ke kawasan parkir. Sebelum itu saya sempat menghantar sms kepada kakak sulung supaya cepat-cepat ke hospital menggantikan saya untuk menjaga emak pula.

Saya jalan cepat-cepat masuk ke dalam kereta, memanaskan enjin 2 3 minit begitu lebih kurang, melihat wajah di cermin. Tiba-tiba deringan telefon di dalam beg tangan minta dijawab membuat hati saya berdebar-debar. Terpampang nama kakak sulung saya di skrin telefon. Saya ambil. Saya angkat. Saya jawab salam dari dia.

"Adikkkk....istighfar ye...banyakkan bersabar. Muhammad dikhuatiri lemas di Sungai Pahang subuh tadi. Tidak confirm lagi. Baru sekejap tadi polis ada telefon Ayah De, mengatakan ada kereta Muhammad diparkir berhampiran sungai. Ada saksi nampak seorang lelaki keluar dari kereta tu, seperti nak ambil wudhu. 5 minit kemudian, dia terdengar jeritan dari tengah sungai. "Allah...Allah...Allah...." Saksi itu tak sempat buat apa-apa kerana air sungai naik, dan waktu itu mangsa dah berada di tengah sungai. Ada sepasang selipar dikhuatiri milik Muhammad di gigi air sungai." Itulah bait kata-kata kakak sulung yang saya masih ingat hingga ke hari ini.

Saya redha. Perlahan saya letak telefon. Terbayang wajah abang. Wajah emak. Wajah adik-beradik. Silih berganti. Menahan perasaan. Menahan segala rasa. Menahan segala prasangka buruk.  Tidak mahu berfikir. Terus saya gagahkan diri mencari kekuatan memandu keluar dari kawasan parkir hospital. Terus memandu pulang. Terus mendapatkan kakak.

Air mata tumpah laju-laju. Tidak pernah sederas itu.

Sudah setahun esok. Iteh meninggalkan kami. Allah, tempatkan dia bersama orang-orang beriman.

Al-fatihah...buat satu-satunya abang saya dunia akhirat, Muhammad Firdaus...

Buat kamu