Assalamualaikum. Salam lebaran buat semua.
Pejam celik pejam celik cepat benar kita dah di pertengahan Syawal. Rasanya feeling hari raya tu hanya membuak-buak di saat sehari dua sebelum raya dan di hari raya pertama saja. Sementelah, masa tu la giat masak-memasak juadah raya, giat kemas-mengemas rumah yang barangkali hanya dilakukan setahun sekali je (waktu raya la tu), giat kira-mengira duit untuk dimasukkan ke dalam sampul raya (haaa...bajet tahun ni khas untuk kanak-kanak dan remaja yang dah baligh tapi belum mempunyai pekerjaan je), giat fitting-memfitting baru raya yang baru beli/ siap tempah berkali-kali. Itulah feeling sebenar sebelum hari raya.
Tahun lepas, kakak saya pasang video kenduri yang diadakan awal tahun 2011 di laptop. Petang raya pertama tahun lepas, menitis juga air mata..
Satu famili besar, termasuk pak sedara, mak sedara dan sepupu-sepapat tengok video tu. Semua pun gelak-gelak especially bila ada aksi menarik yang dirakam sepanjang persiapan dan pada hari kenduri.
Tapi bila part arwah abang dan ayah saudara tersiar, semuanya seakan diam terpaku. Dalam diam menjeruk rasa, saya lihat ada yang berkaca matanya. Bukan kerana bahana rendang daging Kak Long yang pedas. Bukan sebab kuah kacang yang boleh buat telinga berasap. Dah menjeruk benar rasanya bila diri sendiri ada cairan keluar dari mata dan hidung..huuu.. Terutamanya bila arwah abang dirakam memberi ucapan. Saya sendiri sehingga kini masih dan bila diceritakan perihal abang dan arwah abah, kalau lebih2 mesti akan berkaca, ada masanya sendu juga.
Tapi tahun ini alhamdulillah, masing-masing pun dengan sisa semangat yang ada, makin hari makin kuat. Syawal kali ini rasanya semua ahli keluarga pun berkesempatan memakai pakaian baru. Termasuk saya. Terasa juga kemeriahan menyambut Ramadhan dalam dentam-dentum bunyi mercun, dalam sedikit kesempatan, mampu menyiapkan 3 4 jenis kuih raya air tangan sendiri, dan dah rasa seronok beraya ke rumah sanak-saudara.
Abah & Iteh,
Tahun ni bukan kami tak sedih. Tahun ini bukan kami tak mahu meratapi. Tapi Syawal kali ini, kami tahu abah & Iteh telah pergi dengan ketetapan kehendak-Nya. Barangkali dengan rasa yakin, kamu telah menemui tempat yang sesuai 'di sana'. Kami tidak pernah lupa, makin hari makin dekat dalam hati dan sanubari kami. Al-fatihah buat Abah & Iteh, atuk dan wan, Ayah Tam dan Pakcik serta buat semua ahli keluarga yang telah tiada.
No comments:
Post a Comment