Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Sihat? Aku sihat, macam ini lah. Sejak bersuami, beranak dua, masa agak terhad. Masa untuk update blog, lagilah haru. Entah lari ke mana.
Ok, pendekkan cerita, aku nak sambung entri sebelum ni. Dimulai dengan...
"Dulu, duit belanja kami mak akan bungkus dalam sapu tangan. Sapu tangan kecil tu. 50 sen seorang."
Siap-siap pakai baju sekolah dan sarapan, kami berebut-rebuh pilih sapu tangan duit belanja masing-masing. Sapu tangan masa tu takde colorful dan corak2/gambar2 macam zaman sekarang. Paling tidak pun, kain plain berwarna pink,biru,kuning atau berbelang-belang. Bagi aku, paling seronok sangat bila berebut-rebut dengan kakak-kakak dan arwah abang aku dan aku dapat pilih sapu tangan yang bercolor selain dari warna putih. Haik? Cerita pasal sapu tangan pulak. Hahaha!!!
Masa di zaman sekolah rendah, hari-hari aku rasa sangat seronok untuk dilalui.
MASUK DARJAH 1
Aku darjah satu, bersekolah di sekolah kampung. Yang mana, arwah abang dan kakak-kakak aku pun bersekolah di sekolah yang sama. Jadi, hari pertama persekolahan di darjah 1, adalah hari yang biasa--tiada pengalaman mak aku teman aku dalam kelas @ aku menangis-nangis taknak stay di sekolah. Sementelah, kelas aku di sebelah kelas arwah abang aku je ketika tu (arwah darjah 2). Allahu..teringat pada arwah. Al-fatihah. :-)
Cikgu kelas aku darjah 1, seorang perempuan, aku namakan dia Cikgu M. Cikgu M ni memang kalau dilihat dari penampilannya, imej cikgu lama-lama (70-an,80-an gitu) dengan spek mata bingkai hitam tebal, tudung tiga segi ikat belakang tengkuk, dan terkeluar sikit2 anak rambut, badan berisi sikit, dan muka tanpa secalit mekap. Cikgu M ni umur pada ketika tu aku rasa dah 40-an. Oh ya, dia ajar Matematik.
Menariknya, Cikgu M ni sentiasa ditemani oleh anak perempuannya di sekolah. Anak perempuan Cikgu M (aku namakan Kak A), seorang anak istimewa. Setiap kali Cikgu M masuk ke kelas kami untuk mengajar, anaknya akan duduk di belakang kelas, dan akan turut belajar bersama-sama kami. Kak A ni aku agak lebih tua 3-4 tahun dari aku. Kalau Kak A ada di kelas, aku selalu tengok Cikgu M ada masanya marah-marah (sayang) pada Kak A. Kerana Kak A istimewa, maka tingkah laku dia adakalanya di luar kawalan. Kadang-kadang Kak A akan ikut apa yang Cikgu M ajar kami, ada masanya Kak A menjerit-jerit secara tiba-tiba, menangis kuat-kuat tanpa sebab. Tapi ada masanya bila Cikgu M peluk Kak A, bila Kak A buat perangai...kami semua akan tersenyum. :-)
Cikgu M memang garang. Garang dengan anak-anak murid, macam tu jugalah dia garang dengan anak dia, Kak A. Aku sendiri pernah kena hempuk di kepala dengan pembaris kayu sebab tak boleh jawab soalan matematik. Aku dapat C peperiksaan akhir tahun subjek Cikgu M. Rasa macam bebal sengat masa tu. Hehehe. Tapi aku tetap sayang Cikgu M.
Waktu rehat di sekolah, memang ditunggu-tunggu. Aku suka beli nasi lemak 30 sen. Ada sambal ikan bilis, telur rebus potong 4 dan timun. Dulu-dulu, makanan macam mee goreng,bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak semuanya 30 sen saja. Air sirap 10 sen segelas. Baki lagi 10 sen aku beli kuih, ataupun aku beli aiskrim waktu balik dari sekolah. Itulah kebiasaannya rutin rehat aku. Lepas makan, sementara tunggu waktu rehat habis, aku dan kawan-kawan akan main di depan kelas kami, bawah pokok saga. Waktu rehat, murid-murid tak boleh duduk dalam kelas. Ada pengawas akan jaga di setiap kelas. Memang macam tu kan?
Oh! pokok saga tu memang port melepak dan bermain yang sangat best. Kami main tang duduk, main kejar-kejar, main rumah batu atau main lompat getah. Paling best bila biji saga berbuah...memang merahhh je kat atas tanah. Biji saga tu kami kutip bawa balik rumah, buat buah congkak atau main masak-masak kat rumah. (rujuk gambar di bawah kalau tak kenal rupa biji saga).
Biji saga |
Seronokkkk sangat...rindu nya kenangan-kenangan tu. Ok penat pulak menaip. Rasa nak buat sambungan lagi lah...hehehe
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment