Monday, September 10, 2012

Peti #52 : Keindahan Isnin

[Peti ini agak panjang]
Assalamualaikum. Awak-awak apa khabar? Lama rasanya tak tanya khabar awak-awak. Doa saya biar kita semua sihat, ceria, bersemangat buat kerja di minggu yang baru sambil makan serdak kuih raya. 

Sebut je hari Isnin, mesti nak pandang serong. Maklumlah, hari sebelumnya kita boleh lepak2 kat rumah bersama famili or kawan rumah sewa. Tak pun berjalan-jalan pusing town dengan kawan-kawan or mungkin ada yang masih rancak berkunjung ke open house melantak satay dan lemang sampai pengsan.

Sebenarnya dalam sebulan puasa dan syawal, saya tak banyak update blog. Biar saya berterus terang sahaja. Entri kali ini saya hanya nak berkongsi hasil godek-menggodek di Miss Google bersama awak-awak. Saya tau awak semua pun boleh cari sendiri kat Miss Google, tapi kali ni biar saya mudahkan sikit awak. Tak perlu nak klik-klik-klik page @ new tab banyak kali. Inilah dipersembahkan...


Fakta Tentang Hari Isnin

1. Kebanyakan orang tidak akan senyum sehingga jam 11.16 pagi.
Satu kajian, oleh Marmite di England menunjukan bahawa ramai orang pada hari isnin akan tersenyum setidaknya setelah jam 11.16 pagi. Kajian ini dilakukan di wilayah tenggara England yang merupakan tempat paling bahagia di wilayah itu dan rata-rata orang di sana senyum pertama kali di jam 11.16 pagi. Tapi tak berkesan pun pada saya, sebab kita kena praktikkan senyum itu satu sedekah. Kadang-kadang bangun je dari tidur pun dah senyum sendirian.

2. Lebih 50% pekerja lewat masuk kerja
Walaupun Isnin adalah hari awal minggu, tapi kebanyakan menjadikan Isnin sebagai alasan hari yang paling malas untuk bekerja dan lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari tersebut. Ni satu hal, embun jantan dah keluar baru la awak nak balik rumah. Apa tidaknya, sampai kat rumah pun sama masa dengan set alarm kat hp tu. Tak pun tengok HBO movie tengah malam feeling macam esok tak payah pergi kerja je (saya la tu..huhu). Mula la liat nak bangun tidur.

3. Hari yang paling jarang turun hujan
Kebetulan, memang hari Isnin jarang turun hujan. Mungkin katak-katak masih dalam mood cuti hujung minggu, jadi malas nak memanggil hujan. Mungkin juga suara-suara sumbang yang kerap menyanyi kat redbox pun dah start bekerja semula. Maklumlah masing-masing sibuk di awal minggu.

4. Pilihan ramai orang untuk bunuh diri 
Penemuan kajian di England mendapati 16% kes bunuh diri yang dilakukan oleh lelaki dan 17% kes bunuh diri dilakukan oleh perempuan terjadi pada hari Isnin. Jika dibandingkan dengan hari lainnya, kes bunuh diri pada hari Isnin cukup besar kerana rata-rata orang yang bunuh diri selain dari hari Isnin hanya 13%. Asal masuk je awal minggu, bosan nak buat aktiviti atau buat apa-apa kerja yang tertangguh dari minggu lepas. Kot-kot rasa dah give up sangat-sangat-sangat dengan masalah hidup, tu yang sampai terfikir cara paling keji tu. Na'uzubillah...

5. Lebih kerap berlaku serangan jantung
British Medical Journal melaporkan peningkatan 20% dalam serangan jantung pada hari Isnin dibandingkan dengan hari-hari lain dalam seminggu. Serangan boleh disebabkan oleh stress dan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kembali bekerja. Biasalah, asal sebut pasal kerja, semua stress, buat-buat stress, semua sibuk, buat-buat sibuk.

6. Mengeluh 12 minit tentang Isnin
Tak tahu la tika bila, pagi ke, tengah hari ke, petang ke atau pun malam. Tapi ada yang kata, kebanyakan orang mengeluh tentang ke'blues'an Isnin selama 12 minit. Kalau kurang dari 12 minit tu maknanya anda masih lagi redho dan dapat terima Isnin yang anda lalui. Kalau yang tak mengeluh langsung tu mungkin sangat menyenangi hari Isnin seperti weekdays yang lain juga. Awas kalau lebih dari tu, kena jaga-jaga, takut stress, takut dapat high blood pressure, takut-takut kena serangan jantung, takut-takut buat dosa besar bunuh diri. Astaghfirullahal'azim...

7. Isnin yang blues
Entah ye entah tidak. Kebanyakan orang dalam lingkungan umur 45 - 54 tahun akan terseksa dengan Isnin yang blues. Ye la kot, sebab  melihat kepada huraian-huraian fakta di atas, golongan pekerja yang senior dah naik stress setiap kali menjelangnya Isnin. Mungkin mereka yang dah pencen tu dah rasa kurang stress dengan Isnin sebab bebanan kerja dah berlalu pergi.

Baiklah, sekarang sila baca tips kat bawah.


Tips Untuk Menghilangkan Bosan di Hari Isnin

Hari isnin biasa dianggap sebagai hari yang membosankan. Untuk menghilangkan rasa bosan biasanya ramai orang melakukan kegiatan seperti: 

1. Menonton TV (kalau dapat tengok Astro #132 atau #707 pun best. So, silalah semua ofis 1Malaysia melanggan Astro full package).

2. Seks (khusus untuk yang sudah berkhawin, jangan amal seks rambang okay, berdosa...)

3. Belanja online (senang cakap, pergi jela shopping complex, rasa malas nak berderap, barulah boleh shopping online je)

4. Membeli coklat atau pakai make-up (Tips ni sesuai untuk perempuan, belilah coklat Dove banyak-banyak untuk merembeskan mood yang baik. Para suami silalah hadiahkan isteri anda coklat beside of bunga-bungaan supaya boleh dibuat bekalan ke ofis. Yang rasa nak cantik bolehlah make-up tebal-tebal sikit pada hari Isnin...bos tengok pun tak berkelip.hahaha, jahatnye...) 

5. Merancang percutian (Eloklah merancang percutian untuk hujung minggu, sebab momen-momen happy semasa bercuti hujung minggu tu dapat dijadikan modal bercerita dan bergosip bersama kawan sebelah awal minggu nanti)

6. Pakai baju yang warnanya ceria dan buat anda rasa lebih bersemangat dan yakin (Saya terkecuali dan tidak menggunapakai tips ni, sebab saya lebih suka warna gelap/pastel)

7. Makan sarapan yang anda paling gemari (Kalau anda penggemar tegar pizza hut, cepat2 call delivery pagi2 supaya hantarkan pizza hot pan kat depan pintu rumah)

8. Senaraikan penyebab kenapa stress dengan Isnin (Ini amat useful untuk saya sendiri dan terutamanya untuk pekerja yang kerjanya selalu tertangguh dan malas buat kerja. Cuba dapatkan momentum bekerja kembali di awal minggu dengan menyiapkan semua tugasan awak sebelum Isnin akan datang)

9. Susun atau kemaskan barang (Please...please...please. Saya pun menyeru diri saya sendiri, marilah kita menjadi rajin dan teratur sikit. Jumaat sebelum balik kerja tu, ambil la masa dalam 5-10 minit untuk kemaskan segala alat tulis yang dah 5 hari bersepah kat atas meja, fail-fail yang tak teratur susunannya. Isnin akan datang, mood bekerja tu pasti datang tak semena-mena bila tengok meja lebih organized)

10. Buat sesuatu yang baru / belum dicuba (Waktu breakfast ke, luncheon ke, ajaklah kawan anda mencuba menu baru. Waktu nak pergi kerja tu, cubalah ikut jalan alternatif untuk ke ofis, mana tau dapat feel yang cool sikit sebelum sampai ke ofis...jangan sesat sudah, tak pasal2 punch card pulak yang merah...:-D)

Oklah, banyak lagi tips, cuma cukuplah kalau dapat amalkan yang 10 ni pun dapat buat hari Isnin kita lebih INDAH kan. Selamat mencuba dan berasa teruja! :-)

Sekian. Assalamualaikum.


Rujukan : 

No comments:

Post a Comment