Assalamualaikum. Hai awak-awak...lama tak tanya kabar kan. Sihat ke? Makin buncit ke? Atau makin slim? Makin berseri-seri ke? Cukup tidur tak malam semalam? Malam semalam tengok Keluarga Iskandar kat #105? Best kan!
Alhamdulillah if awak-awak masih sempat baca entri dalam blog saya yang cekeding ni, saya rasa tentulah awak-awak dalam kondisi kesihatan yang bagus kan. Doa saya biar kita semua superwin dalam urusan seharian. Baru-baru ni anak buah saya yang sorang tu demam sebab tumbuh gigi. Kesian. Tapi berbaloi tengok dia senyum ada 3 batang gigi comel. Sebelum ni dia asyik senyum nampak gusinya yang kosong je. Comel bila ada gigi kecik tu tumbuh. Ada senjata tumpul menggigit muka dan hidung orang.
Saya tak berani nak merapu/ bergurau lebih-lebih. Dalam agama Islam sendiri, bergurau berlebihan tu tak elok. Nanti timbul rasa duka / berdendam pulak.
Orang yang rapat dengan saya selalu tanya, saya nakal tak hari ni? Saya baik tak hari ni? Ada tak saya duk mengusik / menyakat orang-orang kat pejabat hari ni? Atau ada tak saya buat gedik-gedik hari ni?
Hmm...saya ni bukanlah seorang yang serius 24 jam. Mampu ke kita bermuka ketat 24 jam? Oh saya tidak. Dalam sehari = 24 jam tu, 1 jam saya akan merapu atau bergurau-senda, 23 jam itu saya ambil masa untuk yang lainnya (tidur, mandi, makan, solat etc.)
Saya ambil langkah menyopankan diri bila berhadapan dengan orang yang saya tak biasa, especially person that I've meet for the 1st time. Maaflah baru nak belajar-belajar cakap English...tak betul grammar ke, spelling ke, vocab ke..ampun ye...
Tahap gurauan dengan anak buah yang umur baru 5-6 tahun lain.
Tahap gurauan dengan mak n adik-beradik pun lain.
Tahap gurauan dengan rakan-rakan satu tempat kerja pun lain.
Tahap gurauan dengan big boss pun lain. (erk...tak beranilah kot nak bergurau)
Bergurau ni tengoklah orang, tengoklah tempat, tengoklah topik perbualan, tengoklah orang di sekeliling. Senang cerita, tengoklah KEADAAN. Kalau kau tengok mood seseorang tu ibarat api yang tengah marak, kau punya gurauan tu pulak ibarat kau simbah minyak gas kat api tu, lagilah api tu marak membara. Tak pasal-pasal kau yang kena balik.
Saya boleh terima orang bergurau dengan cara yang tidak mengaibkan saya. Tapi kalau dah main bab-bab sensitif tu contohnya kutuk mak bapak, kutuk fizikal kau secara kejam atau bagi komen yang maha menjengkelkan tentang diri kau, of course la kau akan rasa betapa kieamnya orang tu bergurau tak sayang mulut, tak sayang nyawa sendiri..erkkk!. Awalnya dia memang berniat untuk bergurau, bila kita dah terasa kecil hati dengan gurauan dia tu, kan dah jadi lain. Kan dah jadi dingin dan suram.
Pernah tak bila kita tengah rancak berborak, ada orang yang in between dalam perbualan tu bergurau dengan kita, tapi gurauan dia tu adalah gurauan yang kasar. Terus tiba-tiba kita terdiam. Diam sebab tak sangka dia bergurau macam tu. Pernah tak? Itu kan dah kes tersentap dengan gurauan.
Saya sendiri, belum pernah take the jokes too serious. Orang yang bergurau dengan saya pun masih selesa bergurau seadanya dengan saya. Dalam minda sedar saya ni, saya rasa gurauan saya tidaklah berbentuk prank yang hardcore. Mungkin saya amat bertuah dikelilingi oleh orang-orang yang senada dengan saya, bab bergurau. Rakan-rakan, jika gurauan saya terbuat kamu terasa, saya minta maaf. Kalau kita tengah cakap bab-bab feeling, bab-bab yang serius, in between tu saya hanya cuba nak neutralkan keadaan dengan sedikit gurauan. Janganlah merajuk. Janganlah tarik muka. Janganlah meninggi suara. Saya cuma bergurau. Saya minta maaf. Fahamilah dalam sehari tu, saya sendiri ada 23 jam untuk bermuka kelat dan serius. Dan tak semena-mena terbergurau dengan kamu untuk balance sejam itu. :-)
Menjelang umur 28 ini, saya pesan pada diri, saya tidak akan bergurau bukan-bukan dengan orang di sekeliling saya. Saya tak mahu menambah bekalan dosa di neraca penimbang.
Kita-kita ni (saya berpesan pada diri saya jugak) kalau nak bergurau tu berpada-padalah. Freedom to speak out dan freedom to write tu memang ada beza. Bergurau secara percakapan dengan kawan-kawan memang berbeza dengan buat status pelik-pelik di facebook. Pernah juga saya sentap dengan status facebook seorang kawan, terang-terangan dalam gurauan dia menyebut benda haram di status beliau. Macam terlalu bonding dengan benda-benda haram itu. Tapi saya faham dan dapat terima kerana saya mengenali dia seadanya sebagai rakan. Tapi kalau anak kecil 10 tahun yang membaca ayat itu, macam mana agaknya penerimaan si kecil tu? Seorang muslim di status facebook nye membuat perkara haram itu ini...Hmm... masyarakat sekarang kan sangat pandai menilai. Bukan nak cakap masyarakat dulu tak pandai menilai. Tapi sekarang budak-budak lebih terdedah kepada teknologi, lebih advance menyerap masuk maklumat itu ini.
Jadi berpada-padalah dengan gurauan. Facebook kan terlalu umum, even equipped dengan privacy tapi yang tak boleh dikawal sepenuhnya. Anda ada 500 rakan, mungkin 300 yang membaca status anda, mungkin 300 interpretasi yang dibuat berkenaan status anda. Dalam 300 interpretasi tu, timbangkan berapa peratus positif, berapa peratus negatif. Janganlah sampai orang lihat anda sangat-sangat menjengkelkan tak peka pada sensitiviti orang dan tak tahu adab bergurau.
Awak-awak pun, kalau dah tau orang bergurau tu janganlah serius sangat. Kalau dah tau awal-awal niatnya cuma bergurau, janganlah sentap dan berdendam. Janganlah sampai kau terfikir nak kutuk belakang atau tahap paling horror nak bomohkan dia sebab tak puas hati dia malukan kau dengan gurauan tu. Tak puas hati cakap depan-depan, atau pergi ludah saja di muka dia. Tak perlu sentap. Pemaaf itu kan lebih mulia. Itulah mumbling untuk hari ni. Moga entri kali ini ada manfaatnya pada saya dan awak-awak yang sudi singgah membaca. :-)
Sebelum penghabisan, suka saya memetik kata-kata yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:-
Jadi berpada-padalah dengan gurauan. Facebook kan terlalu umum, even equipped dengan privacy tapi yang tak boleh dikawal sepenuhnya. Anda ada 500 rakan, mungkin 300 yang membaca status anda, mungkin 300 interpretasi yang dibuat berkenaan status anda. Dalam 300 interpretasi tu, timbangkan berapa peratus positif, berapa peratus negatif. Janganlah sampai orang lihat anda sangat-sangat menjengkelkan tak peka pada sensitiviti orang dan tak tahu adab bergurau.
Awak-awak pun, kalau dah tau orang bergurau tu janganlah serius sangat. Kalau dah tau awal-awal niatnya cuma bergurau, janganlah sentap dan berdendam. Janganlah sampai kau terfikir nak kutuk belakang atau tahap paling horror nak bomohkan dia sebab tak puas hati dia malukan kau dengan gurauan tu. Tak puas hati cakap depan-depan, atau pergi ludah saja di muka dia. Tak perlu sentap. Pemaaf itu kan lebih mulia. Itulah mumbling untuk hari ni. Moga entri kali ini ada manfaatnya pada saya dan awak-awak yang sudi singgah membaca. :-)
Sebelum penghabisan, suka saya memetik kata-kata yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:-
Rasulullah s.a.w. juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta. Baginda bersabda, "Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar."
Sekian. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment