Andai kamu perempuan ATAU... |
Ditakdirkan kamu laki-laki... |
Moga kamu membesar dengan iman dah akhlak yang membahagiakan Allah, Rasul dan agamamu... |
"Sebenarnya sayu juga.
Nak bergelar ibu tak lama lagi.
Dah bergelar ibu juga, cuma si anak belum lagi dapat membuka mata melihat dunia sahaja.
Nafas makin tersekat.
Jalan makin lambat.
Badan serasa berat.
Alhamdulillah dah genap 9 bulan mengandungkan si anak.
Rutin selepas ini pun memang akan banyak berubah.
Sekarang pun banyak fikir pasal si anak.
Untuk hari-hari mendatang.
Untuk 3 bulan nanti.
Mudah-mudahan urusan kerja yang terbengkalai nanti berjalan lancar.
Untuk proses bersalin nanti.
Sebagai ibu, saya tidak pentingkan jantina si anak.
Hanya minta banyak-banyak.
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan dan selamat."
#35 weeks 6 days
tahniah mira dah selamat lahirkan baby,pray for me soon..semoga bay dan ibu sihat yer,amin
ReplyDelete