Wednesday, February 4, 2015

Peti #106 : Hightlight

Assalamualaikum....
Fuh...fuh...fuhhh....berhabuk!


Eh...eh! 2015 dah.
Alhamdulillah.

Sedih sebab 2014 dah berlalu.
Tinggalkan momen-momen indah.
Tinggalkan parut-parut luka.

27 September 2014, alhamdulillah aku lahirkan anak pertama kami secara ceaserean. Tidak dapat tidak terpaksa dibelah perut sebab air ketuban dah semakin berkurang.
Sehingga 4 Oktober, si kecil barulah dapat keluar dari wad. Esoknya beraya haji bersama.
Alhamdulillah si kecil Muhammad anugerah Allah yang tak ternilai buat aku dan seisi keluarga.

26 Disember 2014, lanjutan peristiwa bah besar melanda negeri-negeri Pantai Timur dan Perak, rumah di kampung dinaiki air.
Air bah memanjat naik sehingga hampir paras bumbung. Allahuakbar itulah tentera Allah yang kita tidak mampu lawan pun dengan kudrat kerdil kita.
Terpaksa pindah. 3 kali. Naik bot ihsan orang kampung, bersama keluarga. Meriba si kecil dalam bot, 'Allahuakbar!' sayu sungguh bila si kecil menangis meraung-raung dalam bot.

31 Disember 2014, air bah masih belum surut sepenuhnya. Masih berkampung di rumah saudara.

1 Januari 2015, dah tahun baru rupanya. Alhamdulillah.

4 Januari 2015, hiba melihat sisa-sisa rumah bergelimpangan lepas bah surut.
Foto lama-lama hampir semua sudah rosak. Satu persatu wajah-wajah dirindui terbayang di ruang mata. Redho...

14 Januari 2015, baru masuk kerja setelah cuti bersalin 3 bulan + cuti bencana alam.

ALLAHU AKBAR...aku masih senyum sorang-sorang.




*Terima kasih team KMTPh, team UM dan team ASTRO yang datang membanting tulang bersihkan rumah mak.

No comments:

Post a Comment