Monday, October 1, 2012

Peti #65 : Layang - layang



Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layaknya terbang layang-layang kertas,
Kau simpul utuh talinya,
Sedang kau takut luka di jari.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layang-layang melayang tinggi,
Kau pegang kemas ikatannya,
Sedang kau takut talinya putus.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Di bawah payung langit mendung,
Meliuk dalam udara barat dan timur,
Sedang kau bimbang kencang angin bertegar.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Tanpa luka dan remang harapan,
Tanpa goyah dan kencang ujian,
Untuk kau terbang tinggi.


Sesudah perginya pelangi,
Mentari terbit dari ufuk bumi,
Dan awan putih muncul lagi,


Atau kau masih cari berani?



No comments:

Post a Comment