Showing posts with label agama dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label agama dan kehidupan. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Peti #87 : Koleksi Ucapan dan Mutiara kata (Siri #1)

Assalamualaikum. Sekarang saya cuba buat Koleksi Ucapan dan Mutiara Kata. Ada yang diungkapkan saya sendiri, dan ada juga dari orang lain. Hadis-hadis adalah petikan dari pelbagai sumber. Kongsi-kongsi kan. :-)











Friday, October 12, 2012

Peti #71 : Beli Buku

Alhamdulillah telah berjaya membeli buku masa event di ofis tadi. Buku apa?

Kulit depan buku

Judul : Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam
Pengarang : Muhammad Nawawi Al-Bantani (Penulis); Fuad Kauma (Penterjemah)
Terbitan : Synergy Media
Bil. Mukasurat : 312

Baiklah, secara ringkas mengenai buku ni dan kandungannya yang saya extract dari kata pengantar dan sinopsis di kulit belakang buku. 

Buku ni adalah karya dari buku asal Nashaihul 'Ibaad karya Muhammad Nawawi bin 'Umar A-Jawi. Sesuai dijadikan sebagai pedoman dan rujukan berperilaku sesuai dengan tuntutan Islam. Kandungan buku berkisar tentang peringatan dan nasihat dan sebahagiannya terdiri daripada beberapa persoalan dan masalah. Buku ni ada 214 perbahasan yang didasarkan pada 45 hadis. Ada yang mudah difahami dan very straight forward. Ada juga memerlukan pemahaman yang agak mendalam dan bila kita dah faham dan praktikkan dengan ikhlas dalam kehidupan sehari-hari, insyaAllah dapat membersihkan hati, menyucikan jiwa. 

Bahasanya mudah dan cukup sederhana, mudah difahami. Bila dah start baca, nak baca dan baca lagi :-)

Kandungan dalam buku ni yang terbahagi kepada 10 bab iaitu:-

Bab 1 : Berkaitan Pengendalian Diri
Bab 2 : Berkaitan Zuhud
Bab 3 : Berkaitan Tanda Keimanan
Bab 4 : Berkaitan Penawar Hati
Bab 5 : Berkaitan Rahsia Allah s.w.t
Bab 6 : Berkaitan Hari Kiamat
Bab 7 : Berkaitan Nasihat Berguna
Bab 8 : Berkaitan Golongan Manusia
Bab 9 : Berkaitan Hikmah
Bab 10 : Berkaitan Kitab Taurat

Senarai bab-bab

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke arah kebenaran dan kebaikan sehingga kita mendapat redho dan keampunan-Nya.

Wednesday, July 18, 2012

Peti #38 : Ramadhan Kareem

Assalamualaikum. Awak semua apa khabar? Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat-Nya. Oh ya, bulan Ramadhan akan menjelang 2 3 hari je lagi. Esok dah nak tengok anak bulan. Alhamdulillah diberi nikmat menjalani sekali lagi puasa di bulan 1000 rahmat ni. Rasa cam nak buat satu projek sempena bulan penuh barakah ni.  Tapi...tengah fikir-fikir nak buat projek apa?

Seriously, rasanya macam lama sangat tak melukis potret. Tiba-tiba teringin melayan perasaan sambil melukis potret. Biasanya kalau buat kartun @ doodle, tak boleh nak feeling lebih-lebih. Projek melukis potret barangkali? Hm, tak pun memang luar dari skop melukis. Tengok la dulu macamna. Ala, kata nak buat projek itulah, projek inilah, canang-mencanang bagai, tapi lastly sekadar untuk kepuasan diri sendiri aje kan....atau paling hampeh, tak jadi satu apa pun...(heh).

Dari saya

Di bawah ini ada saya selitkan PETIKAN MENGENAI PUASA DAN AMALAN yang perlu diamalkan bersama. Ini untuk saya kongsi bersama awak semua. Yang ini saya dah tambah-tambah ayat n saya copy paste dari SINI dan SINI. Selain daripada solat sunat tarawikh yang khusus pada bulan Ramadhan ni, antara amalan yang perlu diamalkan oleh kita ialah:-


1. Bersahur di akhir malam.
Ingat, kalau kita nak berpuasa keesokan hari, mestilah kena bersahur. Yang terbaik ialah bersahur di akhir malam, waktunya ialah jarak bacaan 50 ayat Al-Quran (dibaca sederhana) dari azan subuh.
Dari Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda: "Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Hadis Riwayat Muslim)
Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Biasanya, bila bulan puasa, selepas selesai je sunat tarawikh, akan ada tadarrus Al-Quran. Yang paling baik ialah dapat khatam 30 juzuk Al-Quran. Tahun lepas sewaktu dengar tazkirah, ada seorang ustaz kat sini ada ajarkan dan beri formula berapa ayat Al-Quran yang kita kena baca setiap hari untukkan khatamkan 30 juzuk dalam masa sebulan berpuasa. (Nanti saya tuliskan catatan tu dalam ni ye)
Dari Ibnu Abbas r.a., "Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan apatah lagi apabila setelah bertemu Jibrail. Biasanya Jibrail menemuinya setiap malam dibulan Ramadan. Dia mengajaknya untuk bertadarrus al-Qur'an. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dalam melakukan amalan kebaikan melebihi tiupan angin." (Riwayat Al-Bukhari)


3. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
Kita sebagai umat Nabi Muhammad, pergantungan kita hanyalah pada Allah s.w.t. Doa tu senjata orang mukmin. Kan dalam Islam ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Antaranya semasa kita berpuasa, berdoalah semahu-mahunya, insyaAllah Allah dengar dan terima doa kita.
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang." (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi."(Riwayat At-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)


4. Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib
Sebaik-baiknya bila dah azan maghrib tu, kita berbuka la. Nak kejar solat fardhu pun, paling tidak jamahlah sedikit makanan sebelum bersolat. Lagi bagus kalau kita amalkan sunah berbuka puasa terlebih dahulu dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan segelas air. Tapi macam saya, jangan kata orang lain lah, bila waktu berbuka mesti cari air dulu, lepas tu kurma dan nasi. Bila dah kenyang, barulah badan rasa berat nak solat maghrib, hm..tak patut betul kan.
Dari Sahli bin Saad r.a., Nabi SAW bersabda, "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka." (Riwayat Al-Bukhari)


5. Memperbanyakkan ibadah malam pada 10 malam terakhir Ramadhan
Selain daripada solat sunat tarawikh dan solat sunat witir, bila dah bangun sahur, jangan lupa untuk solat malam (solat sunat tahajud).
"Sesungguhnya Nabi s.a.w manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama." (Riwayat Bukhari & Muslim)


6. Memperbanyakkan sedekah
Seakan sangat sinonim bulan Ramadhan adalah bulan bersedekah. Sedekah ni ada macam-macam bentuk. Ada sesetengah pihak akan bersedekah pada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan. Yang penting niat kita dan ikhlas itu hanya dalam pengetahuan Allah.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Nabi SAW bersabda,"Barangsiapa yang memberi juadah berbuka puasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun." (Riwayat At-Tirmidzi)

Sumber : bicarapelajar.blogspot.com

Ada banyak lagi amalan yang kita boleh amalkan di bulan puasa ni, dan tidak semestinya hanya di bulan puasa. Bersedekah tidak semestinya hanya dalam bulan puasa, memperbanyakkan doa pun haruslah sentiasa kan.

Akhir kalam dari saya, selamat menjalani ibadah puasa pada awak semua dan pada saya juga. Kawallah nafsu kita, walaupun syaitan sudah terikat. Selamat berbelanja dengan berhemah. :-)

Sekian. Assalamualaikum.


Friday, June 22, 2012

Peti #34 : Perkara Sunat Dilakukan Hari Jumaat


Dari saya :-)

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Antara perkara sunat yang baik dilakukan pada hari ini adalah:-

1. Mandi sunat jumaat dan memakai pakaian yang bersih + cantik + bau-bauan.
2. Sunat membersihkan dan mengelokkan rupa paras seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, menggosok gigi dsb.
3. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.
4. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.


Sama2 kita perbaiki diri, perbaharui iman dan amal. InsyaAllah....:-)
Sekian. Assalamualaikum.

Tuesday, June 5, 2012

Peti #25 : 10 Perkara Yang Akan Membuat Anda Bersyukur Kepada Allah S.W.T

Assalamualaikum. Semoga awak-awak sihat dan sentiasa di bawah rahmat-Nya. Sudah 2 minggu lebih saya tak tulis entri baru. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati hidup dan bernafas di muka bumi yang indah ini. Saya rasa seakan-akan tiada kekuatan dan kegagahan yang luar biasa untuk menulis entri baru sepanjang 2 minggu lepas. Biasalah, bila student  baru masuk, maka kakitangan pun sibuk, menyibuk, dan buat-buat sibuk sepanjang minggu orientasi.

Baiklah, saya nak petik sedikit perkongsian yang saya dapat dari laman web peribadirasulullah yang boleh kita sama-sama renung dan hayati perilaku, perbuatan, perangai kita sama ada keterlaluan terhadap insan atau perkara/ benda di sekeliling kita. 

Ini dia.....

10 Perkara Yang Akan Membuat Anda Bersyukur Kepada Allah S.W.T 

SATU : Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Jangan mudah marah dan keluarkan kata-kata sesat dan cacian kepada orang lain.

Lebih baik kita diam dari berkata sesuatu yang buat orang lain dan diri sendiri sakit hati

DUA : Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

TIGA : Sebelum kita mengeluh bahawa keadaan kita teruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan terburuk dalam hidupnya.

EMPAT : Sebelum kita mengeluh tentang isteri kita yang kerap berleter, fikirkan tentang orang yang tiada teman hidup dan sentiasa berdoa ditemukan jodoh mereka.


Sabar aje lah... :-)


Bersyukurlah anda masih mempunyai pasangan dan keluarga di sekeliling anda :-)

LIMA : Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat menginginkan zuriat tetapi dirinya mandul.

ENAM : Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak melakukan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

TUJUH : Saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang kelainan upaya yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

LAPAN : Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.


Anda : Menu tengah hari ini

Orang lain : Tiada menu pun untuk dijamah


SEMBILAN : Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.

SEPULUH : Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah kerana kita masih hidup! Alhamdulillah...:-)

Sekian. Assalamualaikum.


Sumber :  cintashizen

Friday, April 20, 2012

Peti #11 : Doa Perlindungan Daripada Kejahatan

Assalamualaikum. Selamat petang jumaat pula.

Saya tiada sambungan internet di rumah. Jadi untuk cuti 2 hari (hujung minggu) ni, saya doakan awak semua sihat dan sentiasa terpelihara. Terpelihara daripada musibah kejahatan dan terpelihara daripada melakukan kejahatan. Doakan untuk saya juga ye. InsyaAllah...

Jadi, saya tinggalkan anda dengan doa ini. Moga menjadi amalan kita bersama. :-)


Sumber: Mulakan Kerja Dengan Doa oleh Wan Shuhairi Wan Mohamad (2012)