Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Peti #114 : Ayam Masak Kicap Bersama Kacang Panjang

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk minggu baru hari ni.

Belanja gambar dulu.





Saya akui saya jarang buat entri tentang  masak-masak. Lagi pula saya ni tidaklah rajin memasak. Lagipun kalau memasak, kebiasaannya memang menu yang sama saja.  Al-maklumlah suami saya agak memilih bab-bab makan. Tahap ke'teror'an pun masih amatur lagi.
Hehehe...

Menu biasa di rumah adalah singgang ikan. Singgang Ikan Tongkol, Singgal Ikan Selayang, Singgang Ikan Selar. Selain dari tu Tom Yam Campur, Ikan Goreng, Sup Ayam, Sup Daging atau masakan berkicap. Budu dan ulam memang wajib ada kat rumah. Kalau bab-bab kari, kurma, masakan mamak memang suami saya tak makan sangat. Tekak dia tak boleh nak masuk. Kalau tanya saya, semua saya bedal je...

Jadi hari ni nak share resepi ayam je lah. Malas nak cerita panjang2. Resepinya simple sangat. Tapi serius, rasanya sedap jugak lah. Kalau suami saya kata ok dan laju je dia makan tu, maknanya boleh la tu. Sesuai lah dengan orang macam saya yang 'terlebih rajin dan pandai memasak' ni. 


BAHAN-BAHAN
(untuk 2 orang makan, sebab kat rumah tu saya dan suami je yang makan, anak kecil lagi)

* Separuh dada ayam (dipotong dadu / hiris nipis kecil-kecil)
* 1 ulas bawang kecil - dimayam
* 1 ulas bawang besar - potong bulat
* 3 ulas bawang putih - dititik / dimayam (ikut suka)
* 2 batang kacang panjang - potong seinci
* 1 ulas lada besar - potong serong
* Minyak masak untuk menumis (anggaran 5 sudu makan)
* Kicap secukup rasa (saya guna kicap soya manis)
* Air (anggaran separuh cawan)
* Garam secukup rasa
* Serbuk perasa


CARA-CARA 

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau.
3. Masukkan dada ayam, goreng sehingga kering air ayam.
4. Masukkan kira-kira 3 sudu besar kicap (kalau suka pekat, lebihkan kicap). Gaul rata.
5. Masukkan air. Kalau suka kuah lebih, masukkan air banyak sikit ye. Biarkan seketika biar sebati.
6. Masukkan bawang besar dan lada besar, kacau dan biarkan seketika.
7. Dah nak hampir masak tu masukkan kacang panjang, garam secukup rasa dan serbuk perasa (kalau suka) secukup rasa. Biar seminit kemudian tutup api. Siap!


Sekian, masakan cepat siap dari saya. Mudah aja sebenarnya. Kalau dah malam2 taktau sangat nak makan nasi dengan apa, boleh la masak macam ni. Kalau takde kacang panjang, boleh buat ayam masak kicap je. Memang bahan-bahan yang basic sangat, yang memang sentiasa ada kat rumah kan. :-)

Cuba jangan tak cuba!


Tuesday, July 1, 2014

Peti #100 : Resepi Puding Milo Oreo

Assalamualaikum dan Salam 3 Ramadhan.

Akhirnya...
Akhirnya sampai juga ke entri #100.

Minggu lepas, kat ofis ada buat makan-makan sempena nak menyambut bulan Ramadhan. Jadi kami buat potluck. Masing-masing bawa makanan dari rumah. Potluck ni hanya kami-kami je. Adik-adik ahli Kelab Pusat Sumber pun join jugak. Sambil berkenal-kenalan dan mengeratkan lagi ukhwah antara adik-adik ahli kelab dengan kami.

Saya cuma buat Puding Milo Oreo. Nak masak-masak yang susah ni saya tak berapa pandai. Jadi di sini saya sertakan resepi yang saya ambil dari blog Kak yatiememories. Alhamdulillah habis juga lah 'jualan' hari tu.





Okey! Jom kita berkongsi resepi! :-)


Bahan-bahan : ( Saiz: 8" persegi )

  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis.  
Nota : Saya tambahkan serbuk koko (dalam 2-3 sudu) untuk dapatkan warna lapisan coklat yang lebih gelap dan rasa coklat lebih pekat. Saya gunakan serbuk koko Dwi Makmur.


Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
 
Selamat Mencuba!

#24weeks

Wednesday, April 18, 2012

Peti #5 : Kicap

Sumber : azizwan.com

Assalamualaikum. Dulu masa kecik-kecik, masa di bangku sekolah (ceh, ayat nak skema je), memang minat makan nasi dengan kicap. Kicap paling favourite, Kicap Cap Kipas Udang. Kalau mak beli kicap tu, mesti kicap manis, kicap masin kurang minat kurang makan. Kicap manis botol kertas merah, kalau kicap masin, kertas hijau.

Arwah abang saya dulu memang 'hantu' dengan kicap. Mak saya cakap, makan kicap nanti kulit jadi hitam. Orang tua-tua pun selalu cakap kalau orang perempuan time mengandung, jangan makan kicap nanti kulit anak kau gelap (kebetulan la sangat kan kalau baby tu keluar kulit gelap, mesti kau cakap "tu laa, banyak makan kicap". kalau baby tu keluar kulit putih kau tak cakap pulak, "kalau kau tak makan kicap, lagi putih melepak kulit anak kau ni!" huhuhuhu ape entah saya merepek). Tak apa lah, apa ada pada warna kulit kan. Adik-beradik saya pun semuanya gelap macam mendung kelabu. Semua pun suka makan kicap.hehehe...

Hari ni saya bawa bekal hati ayam masak kicap. Simple aje makanan saya hari-hari. Semalam mak beli hati ayam, malam semalam rebus sekejap dengan asam keping, lepas tu sebelum tidur saya masak. Ni la menu breakfast merangkap luncheon saya hari ni. :-)

Sekian. Assalamualaikum.


Bekal hari ni hati ayam berkicap aje...:-)    

Tuesday, April 17, 2012

Peti #2 : Singgang


Assalamualaikum. Bawa bekal singgang ayam untuk breakfast merangkap luncheon... 
Maaflah dah tergigit sikit bahagian drumstick tu. Dah telan dalam perut baru ambil gambar. huhu...

P/S : Kepada bakal cucuku, nanti esok2 bila korang dah lahir ke dunia, nenek akan ajar korang resepi singgang ayam ni.:-)

Sekian. Assalamualaikum.