Showing posts with label dunia umi. Show all posts
Showing posts with label dunia umi. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Peti #117 : Sumayyah

Assalamualaikum anakanda Sumayyah.

Umi baru berkesempatan nak perkenalkan Sumayyah dalam blog Umi. Sewaktu Umi tulis entri ni, Sumayyah dah masuk 1 tahun 2 bulan.

Sumayyah lahir masa di dalam kandungan 39 minggu 3 hari. Umi lahirkan Abang Yussuf 36 minggu 3 hari. Dua-dua anak Umi lahir di hospital gomen. Hehehe...Ok kita baca ikut kronologi.


8 Januari 2016, Jumaat

Umi dah rasa sakit contraction, mild je dan tidak kerap. Petang tu, waktu balik dari ofis, Umi dah rasa rengat-rengat sewaktu drive balik ke rumah. Umi stayback sampai pukul 6.30 petang, setelkan apa-apa yang patut sebab Umi rasa masanya dah tiba. Sebenarnya hari sebelum tu Umi dah rasa contraction, tapi still boleh layan facebook kat ofis lagi. Umi pun dah prepare apa yang patut n dah kemas meja Umi kat ofis sebagai persediaan untuk cuti bersalin nanti.

Malam tu, Umi borak-borak dengan abah kau...hehehe. Umi cakap rasanya tak lama dah adik nak keluar ni. Babah rileks je makan choki-choki sambil tengok tv. Abang Yussuf masih tak faham lagi. :-)


9 Januari 2016, Sabtu

Alhamdulillah, malam semalam Umi dapat tidur lena sebab contraction pun mild je. Pagi tu, Babah buka kedai macam biasa. Sebelum tu, Babah hantar Umi dan Abang Yussuf ke rumah Wan. Beg untuk di bawa ke hospital Umi dah siapkan.

Kat rumah Wan, Wan tanya macam mana keadaan Umi. Maklumlah masa Abang Yussuf dulu, Umi tak sempat rasa sakit sebelum bersalin, tup-tup air ketuban dah leaking. Warded sehari keesokan harinya kena bersalin emergency ceaser sebab air ketuban dan kurang dan heartbeat baby tak cantik.

Tengok keadaan Umi yang macam sakit sangat, Wan suggest suruh minum air selusuh sikit. Maka, petang tu Umi minumlah air selusuh sikit. Umi sendiri pun tak tahu tahap kesakitan Umi waktu tu macam mana, tapi kakak Umi, Mak De cakap, bila dah rasa sakit sangat, sampai nak jalan pun kena papah, nak makan pun tak boleh masuk apa dah, duduk ke, berdiri ke, buatlah posisi apa pun memang dah serba tak kena, eloklah pergi hospital.

Hari tu Umi, Babah dan Along Yussuf stay dan bermalam di rumah Wan je. Malam tu Umi larat lagi makan, tapi memang tak banyak. Datang contraction, rasa taktau nak buat apa. Berdiri dan berjalan memang sakit. Nak buang air kecil dan air besar lagi lah. Buat apa pun serba tak kena. Mujur ada Babah dan Wan, tolong urut-urut badan Umi bila sakit contraction datang.

Sudahnya pukul 3 pagi, Umi kejut Babah dan Wan. Sebab Umi rasa macam sangat sakit dan tak tertahan dah. Kami ke hospital. Sampai di wad bersalin, daftar, check blood pressure dan tunggu doktor untuk prosedur seterusnya dan nak tengok keadaan Sumayyah dalam perut Umi tu. Sementara tunggu doktor, Umi sempat minum air selusuh. Bimbang terus kena tolak ke labour room. Check punya check, jantung Sumayyah OK, tapi bukaan baru 2 cm. Haih, air selusuh dah habis Umi minum. Huhuhu.... Jadi doktor suruh balik dulu, tunggu bukaan besar sikit, baru datang semula ke hospital. Serius, dia punya sakit, Babah drive 40km pun tak boleh langgar batu. Hehehe..


10 Januari 2016, Ahad

Balik dari hospital semalam, pukul 6.30 pagi baru sampai ke rumah. Tidur rumah Wan lagi. Pagi tu, Umi perasan dah ada air ketuban + darah sikit. Memang tak tidur langsung malam tu. Makin sakit, sakit dan sakit. Mungkin juga sebab Umi dah habis minum air selusuh tu. Dia punya sakit, memang Allah sahaja yang tahu. Tapi Umi tahankan sebab Umi pegang kata-kata Mak De tu. Belum sampai ke tahap yang macam mak sedara Sumayyah cakap tu. Sebelah petang, Wan Tam (adik Wan) dan keluarga datang. Umi tak dapat jenguk, hanya duduk berbaring dalam bilik dan dapatlah lena sekejap. Yang jenguk Umi dalam bilik dan bertanya keadaan Umi, Umi nak jawab pun macam tak larat dek menahan sakit. Hehehe...


11 Januari 2016, Isnin

Awal pagi tu, pukul 5 pagi, Umi kejut Babah dan Wan. Sakit yang tak tertahan sangat dah. Abang Yussuf tengah lena tidur, sempat Umi cium puas-puas dan tinggalkan dengan Mak Ngah. Pagi tu, Mak Ngah tolong hantarkan Abang Yussuf ke rumah pengasuh.

Sampai kat hospital, macam biasa daftar, ambil blood pressure dan tunggu doktor untuk scan dan buat CTG. Pukul 6 pagi bila doktor datang check bukaan, dah 5 cm. Maka Umi terus ditolak ke labour room. Dalam labour room, Babah masuk sekali untuk temankan. Umi dipasangkan tiub air kencing dan drip. Nurse dan seorang doktor yang standby dalam labour room memang baik sangat. :-). Doktor check bukaan, dah dapat rasa rambut Sumayyah. Doktor bagi ubat untuk cepatkan bukaan, dan doktor agak dalam pukul 10 pagi insyaAllah akan bersalin.

Pukul 7 pagi, doktor tengok bacaan CTG tak cantik. Maka, Umi redho dengan linangan air mata...disorong ke Dewan Bedah untuk emergency ceaser sekali lagi. Masuk ke Dewan Bedah, sejuk hingga ke tulang. Masa Abang Yussuf dulu, Umi dibius separuh. Disuntik di tulang belakang, sakit tak terperi. Umi sedar sepenuhnya dari awal hingga selesai pembedahan. Sejuk sangat dalam bilik tu. Kali ni, Umi dibius penuh. Sedar-sedar Umi dah diusung ke wad sementara. Sumayyah pun ada dengan Umi masa tu. Alhamdulillah terima kasih team pembedahan atas khidmat dan layanan yang baik serta mesra. Bila keadaan Umi dah stabil, Umi dihantar ke wad pemerhatian di wad bersalin untuk pemantauan selama 6 jam. Sumayyah lahir 9.20 pagi, sama tarikh lahir dengan Wan. Berat 3kg. Rambut lebat sangat. Ok cukup setakat ni, nanti ada masa Umi cerita lagi ye...





Tuesday, March 31, 2015

Peti #113 : Makanan Pertama Yussuf Ketika 6 Bulan

Alhamdulillah Yussuf menunjukkan minat nak makan.
Seminggu sebelum genap 6 bulan, saya dah cuba-cuba beri Yussuf air kanji.

Setakat ni saya cuma beri Yussuf air kanji dan makan biskut. Tengok dalam blog2 ramai mak-mak buat puri buah dan sayur untuk bagi bayi mereka makan start 6 bulan.

InsyaAllah akan buat juga puri untuk Yussuf nanti. Cuma dalam hati ni bimbang takut perut Yussuf masih belum boleh terima buah dan sayur. Bimbang cirit-birit atau sembelit. Harapnya tak ada apa-apa lah.

Setakat ni Yussuf akan berak kebiasaannya sekali atau dua kali sehari. Cuma masa umur dia 4 bulan dulu ada lah sekejap dia pernah berak 2 -3 hari sekali. Kemudian dah OK. Alhamdulillah sampai sekarang.







Peti #112 : Yussuf

Alhamdulillah Yussuf dah menginjak ke 6 bulan.

Bila tidur, suka cium dia. Bila dia bangun tidur, suka peluk dia.

Semua tentang Yussuf, memang umi rindu & terbayang-bayang selalu.

Mak-mak lain pun memang rasa macam tu juga dengan si anak kan. :-)

Yussuf anak sulung, mungkin anak sulung sentiasa nak mak pak ada je dekat dia, melayan dia main atau agah2 dia.



Hari tu selak Yussuf gelak terkekeh-kekeh bila umi agah2 dengan bantal peluknya...

Ternganga mulut tunggu bantal datang

Jangan la dekat sangat.. seram tau Umi..

Tu dia...kena agah dengan bantai. Bukan main luas Yussuf senyum

Makin selak nampak!

Tak habis lagi

Ok....kita buat sekali lagi...

Haa..dah dapat tangkap!

Eh...terbang semula naik atas

Yeay! Umi cepat bagi Yussuf bantal tu!!!

Ala...mai la bantal Yussuf tu, Umi...

Ala...

Ok... Yussuf get ready!

Dup dap! Dup dap! je rasa... Bantal nak datang lagi!

Cepat la umi....Yussuf excited dah ni...

Bantal datang lagi...

Kelakar la bantal ni gerak-gerak

Sini...sini...tangan Yussuf tak sampai la!


Eh..eh! Bantal datang lagi!

Ok..Yussuf dah penat la umi!