Monday, December 31, 2012

Peti #82 : Penutup

Assalamualaikum isnin yang indah.
Hujan rintik-rintik di bawah awan kelabu.
Kelkatu terbang mencari terang.
Kodok memanggil, unggas menyahut.
Subhanallah...
Indahnya hari terakhir di bulan Disember.

Dingin penghawa dingin menggigit jemari mungil.
Kian lama November beralih Disember.
Membekukan pancaindera mata, hati dan minda.
Petimasa yang jadi mangsa dek kekontangan cerita.

Aku masih di sini.
Berteman hidup dan suasana begini.
Melukis jalan cerita di kanvas sama.
Melalui jalan cinta di lembah sama.

Ternyata impian bukan suatu yang terduga.
Selagi kaki masih gagah berlari.

Sunday, November 11, 2012

Peti #79 : Semangat

Semangat entah pergi mana.
Sejak 2 3 hari ini.
Mungkin sejak 2 3 bulan lepas.
Atau barangkali dulu-dulu lagi.
Makin pudar, makin kelam, makin tenggelam.
Dalam hari bertukar ganti.
Dalam waktu berputar pergi.

Semangat itu lepas dari genggam.
Jauh meninggalkan diri.
Lepas bebas entah ke mana.
Entah ke timur entah ke barat.
Entah ke hujung dunia di Kutub Utara.
Entah ke kaki langit muncul mentari.
Menggapai pelangi bila hujan berhenti.

Semangat itu serasa hilang.
 Beransur-ansur pergi.
Oktober berganti November.
Angka usia bertambah lagi.

Tapi semangat tetap saja pergi.
Mujur tak bawa hati kecil.
Yang masih mengharap simpati.
Belas kasihan dari Ilahi.

Wednesday, October 31, 2012

Peti #78 : Saat Ini

Saat ini
Rasanya hilang
Dan makin kabur
Dari pandangan

Ada masanya,
Hati tak wajar merasakan apa-apa,
Dan otak tak perlu ligat fikir apa-apa,
Kerana letih, lelah dan perit,
Melihat hukum alam,
Tak menyebelahi nasib.

Hanya tunggu,
Takdir yang Dia tentukan,
Duduk diam-diam.
Tadah tangan, berdoa.

Peti #77 : Deepavali

Semangat menghias sudah mari! Akan update nanti hasil akhirnya :-)











Peti #76 : Birthday Octoberian & Novemberian













Peti #75 : Wordless Wednesday (#9) - Hujan

Sumber : Deviantart

Monday, October 22, 2012

Peti #74 : Harapan

Sumber : Google


Assalamualaikum.

Saya mengundang kamu bertamu.
Berbicara tentang harapan.

Harapan kelmarin tak datang menjemput.
Mengharap esok menunggu bersambut.

Nah cuba kamu lihat.

Cuba lihat bunga seripagi.
Menyimpul harapan pada jeriji halus.

Cuba lihat pasir halus.
Mendamba harapan pada hempasan ombak.

Cuba lihat sang pungguk.
Meletak harapan pada bulan malam.

Bintang semalam.
Tak muncul-muncul.
Udara sejuk.
Mengundang rajuk lantas menyorok.

Memang bintang barangkali tahu.
Pungguk itu gila.
Mengharap rindu pada bulan jauh.

Maaf.
Pungguk sudah lelah.
Menyata hasrat memujuk.

Pada sang bulan.
Jauh nampak terang.
Dekat-dekat macam penakut.

Tuesday, October 16, 2012

Peti #72 : Candy Buffet

Al-kisahnya, ada permintaan untuk menyeponsor Candy Buffet bagi mereka-mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Oktober dan November, termasuklah Cik Petimasa. Jadi saya sedang godek-godek Miss Google untuk mendapatkan ilham. Walaupun jari-jari mungil ni sedang bertabah merunding bajet dengan Encik Kalkulator. Hmm...RM100? hmm... RM200? hmmmmmm.... RM500???

Okey...
Okey...
Inilah hasil pencarian sekejap tadi...
















Saya prefer yang ada tembikai tu, nampak kemas, simple....dannnnn...bajet macam murah sikit...hehehe :-)

Friday, October 12, 2012

Peti #71 : Beli Buku

Alhamdulillah telah berjaya membeli buku masa event di ofis tadi. Buku apa?

Kulit depan buku

Judul : Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam
Pengarang : Muhammad Nawawi Al-Bantani (Penulis); Fuad Kauma (Penterjemah)
Terbitan : Synergy Media
Bil. Mukasurat : 312

Baiklah, secara ringkas mengenai buku ni dan kandungannya yang saya extract dari kata pengantar dan sinopsis di kulit belakang buku. 

Buku ni adalah karya dari buku asal Nashaihul 'Ibaad karya Muhammad Nawawi bin 'Umar A-Jawi. Sesuai dijadikan sebagai pedoman dan rujukan berperilaku sesuai dengan tuntutan Islam. Kandungan buku berkisar tentang peringatan dan nasihat dan sebahagiannya terdiri daripada beberapa persoalan dan masalah. Buku ni ada 214 perbahasan yang didasarkan pada 45 hadis. Ada yang mudah difahami dan very straight forward. Ada juga memerlukan pemahaman yang agak mendalam dan bila kita dah faham dan praktikkan dengan ikhlas dalam kehidupan sehari-hari, insyaAllah dapat membersihkan hati, menyucikan jiwa. 

Bahasanya mudah dan cukup sederhana, mudah difahami. Bila dah start baca, nak baca dan baca lagi :-)

Kandungan dalam buku ni yang terbahagi kepada 10 bab iaitu:-

Bab 1 : Berkaitan Pengendalian Diri
Bab 2 : Berkaitan Zuhud
Bab 3 : Berkaitan Tanda Keimanan
Bab 4 : Berkaitan Penawar Hati
Bab 5 : Berkaitan Rahsia Allah s.w.t
Bab 6 : Berkaitan Hari Kiamat
Bab 7 : Berkaitan Nasihat Berguna
Bab 8 : Berkaitan Golongan Manusia
Bab 9 : Berkaitan Hikmah
Bab 10 : Berkaitan Kitab Taurat

Senarai bab-bab

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Antara kandungan buku

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke arah kebenaran dan kebaikan sehingga kita mendapat redho dan keampunan-Nya.

Wednesday, October 10, 2012

Peti #70 : Wordless Wednesday (#7) - Pizza

Nak ni... nak ni....!

Peti #69 : Siri Kucing (#1)

Assalamualaikum.
Ekslusif untuk awak-awak yang sudi baca blog cekeding ini, saya persembahkan Siri Kucing yang akan mengiau-giau dalam blog ini bermula dari saat ini.

 Ngiau...




Ngiau...




Ngiau...





Kopot dan Wiwi


Kopot adalah kucing pertama yang saya miliki. Waktu itu saya berumur 4 tahun.
Wiwi adalah toy kucing berbulu pink milik Kopot.

Nantikan siri seterusnya ye... :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

Peti #68 : 3 Hari Lagi


:-)

Assalamualaikum. Sihat? Bizi ke minggu ni? Macam saya, kerja tu ada @ tak ada, memang maintain macam itu jugaklah. Oh ye kat ofis yang menggaji saya ni ada wat event makan2 Jumaat nanti. Alang-alang tu jemput lah datang ye semua. Bawak tupperware sekali. Heh. Bukan2. Jangan datanglah, takut makanan tak cukup.

Astaghfirullahal azim...apa la yang saya merepek ni. Sebenarnya otak pun rasa makin mengecil 2 3 hari kebelakangan ni. Mungkin stimulus yang diterima berskala kecil, tak cukup nak rangsang neuron untuk berhubung. Perlu ke minum Anmun Essential? Macam dah terlebih umur. Anmum Materna? Tak mengandung pulak!.

Tau tak dalam kepala rasa macam memulas-mulas mula datang menjelang 3 hari sebelum. Haiiik??? Okey silap. Sebenarnya perut ni rasa memulas-mulas macam ada rama-rama kecil terbang berlegar-legar dalam tangki bersaiz XL ni. Kaitan memulas-mulas ini sudah tentunya dengan perkara samar-samar yang belum dapat confirmkan menjelang event makan2 3 hari lagi je ni.

Tau tak dalam kepala rasa macam dah kecur air liur membayang-bayangkan tengah makan (makan ke minum???) Cendol Pulut di gerai Sitti Nor Haryati Zawiyah (bukan nama sebenar) di depan pasaraya U-Mart tu. Dan jika hal sedemikian berlaku, maka hancurlah plan diet yang masuk kali ketiga ni. Astaghfirullahal azim...

Semalam, ye malam semalam adalah waktu yang sangat lambat berputar. Jam di dinding seolah-olah hampir kehabisan bateri. Merangkak-rangkak jarum pendek tu nak cecah jam 11. Bila dikenang-kenangkan seolah-olah hampir 30 kali mata bulat ni dok jeling-jeling jam di dinding sambil layan TV cerita benar tentang orang nyalahgunakan pil kat #712 E!. Dan-dan tu boleh meleleh air mata dua tiga titik tengok cerita tu.

Lagi 3 hari nak event makan2 tu, rasa macam tak ada semangat kental buat apa-apa. Mengharapkan ada orang tolong suapkan nasi, buatkan milo ais, taipkan entri dalam blog ni, dan tolong drive gi keje. Dan harap sangat ada yang sudi tolong beruskan gigi dan picit jerawat pasir ni sekali.

Lagi 3 hari je untuk event makan2 tu. Tolonglah datang keajaiban. Sekarang.

Ye. Sekarang.

Sebelum saya buat meja ofis ni bersepah. Sebelum saya keluarkan pensel warna kacuh-kacuh atas kertas putih dan dengar lagu kuat-kuat kat HP Nokia saya. Huhuhu...

Tuesday, October 2, 2012

Peti #66 : Al-fatihah

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Al-fatihah. Oktober ini kehilangan lagi.

Sempat bersua di Aidilfitri. Kamu genggam erat tangan saya.

Terasa urat-urat tua, seakan minta fahami penderitaan kamu.

Moga roh kamu tenang di sana.

Moga kamu bertemu tempat yang sesuai di sana.

Monday, October 1, 2012

Peti #65 : Layang - layang



Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layaknya terbang layang-layang kertas,
Kau simpul utuh talinya,
Sedang kau takut luka di jari.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Layang-layang melayang tinggi,
Kau pegang kemas ikatannya,
Sedang kau takut talinya putus.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Di bawah payung langit mendung,
Meliuk dalam udara barat dan timur,
Sedang kau bimbang kencang angin bertegar.

Bagaimana mahu mengecap hidup,
Tanpa luka dan remang harapan,
Tanpa goyah dan kencang ujian,
Untuk kau terbang tinggi.


Sesudah perginya pelangi,
Mentari terbit dari ufuk bumi,
Dan awan putih muncul lagi,


Atau kau masih cari berani?



Peti #64 : Luka


Luka 'main' pisau

Langit Oktober datang lagi
Menyapa sang pencinta
Yang hatinya berbalut suram
Dek luka tak pernah kering

Hujan September berlalu pergi
Meninggalkan sang pencinta
Merangkul kemas memori duka
Dek luka hati berderai

Cahaya November muncullah semula
Mengintai sang pencinta
Gemerlapkan hati dan jiwa
Dek luka berparut kelam

Disember,
Katakanlah

Januari,
Ketahuilah,

Februari,
Mengertilah,

Mac,
Fahamilah,

April,
Gantikanlah,

Mei,
Semaikanlah,

Jun,
Cambahkanlah,

Julai,
Suburkanlah,

Ogos,
Peliharakanlah,

Dan

September,
Ubatilah,

Luka sang pencinta
Hatinya pernah derita
Membungkam air mata lara
Mengukir senyum kecewa

Yang Maha Lembut, Yang Maha Menyinta,
Peliharalah hati sang pencinta,
Dari luka bernanah nista,
Sungguh perit tak tertanggung jiwa.

Dia tak tahan,
Perit dihiris luka.

Wednesday, September 26, 2012

Peti #62 : Pengalaman

Dari saya


Saya tak tahu hari Rabu ini semacam idea menulis itu datang tiba-tiba. Cuma nak kupas dari perspektif sendiri mengenai pengalaman.

Pengalaman itu berdiri atas kata dasar ia sendiri. Tidak seperti kita ambil contoh 'kakitangan' (pekerja) yang punyai dua kata dasar (kaki + tangan). Betul kan?

Okey, jom layan sekejap saya merapu.

Masa saya kecil, like macam umur 12 tahun saya suka mengumpul sticker, macam-macam sticker. Paling banyak sticker mickey, sticker emoticon, sticker hello kitty.  Bila masuk sekolah menengah saya suka kumpul tisu muka yang ada bau wangi tu. Sanggup pergi kedai buku di bandar semata-mata nak beli tisu tu sebab kedai lain takde jual tisu tu. Lepas tu berjangkit pulak dengan hobi salah seorang kakak saya yang suka mengumpul setem dan sampul surat hari pertama pada ketika itu. Tapi hobi tu semua tak kekal lama.

Sehingga ke hari ini saya masih punya hasrat dan keinginan buat satu koleksi mengumpul sesuatu. Bertuntas dari main mesej dengan seorang sahabat semalam, ada istilah 'kumpul sampah' yang dia keluarkan. Jadi saya lebih suka tukarkan di sini, sampah yang dimaksudkan itu adalah sampah yang bernilai. Its like di desktop, trash yang kita put dalam recycle bin tapi tak tekan butang empty. Kita simpan, sampailah ketikanya kita mungkin akan delete benda tu forever and ever.

Hasrat saya sekarang ialah mengumpul hasil lukisan saya. Yang mana sempat saya akan simpan dalam satu koleksi peribadi. Arwah abang saya pernah cakap kat saya, ambil tempahan lukisan tu juallah sekali. Saya katakan pada dia biarlah saya simpan, kalau ada yang hendak tengok lukisan saya yang tak seberapa ni, saya boleh kongsikan di facebook dan lain-lain medium. Sebab itu kawan-kawan yang minta saya lukiskan gambar mereka, saya tak poskan, saya cuma upload gambar tu di facebook. Sebab saya sayang lukisan saya. Itu adalah mengumpul sampah. Tapi PENGALAMAN tu pun sampah ke?

Okey, sekarang saya nak masuk bab PENGALAMAN. Apa kaitan PENGALAMAN dengan semua benda merapu di atas? Okey...okey... Saya cuba untuk kaitkan okey. Lain orang lain pengalaman. Pengalaman ni its not like awak mengumpul sampah-sampah yang boleh dilihat dengan mata kasar tu. Contohnya kalau awak kumpul sticker hello kitty, kebarangkalian Si A dan Si B pun ada sticker yang sama. Pengalaman adalah entiti yang totally berbeza. Awak seorang yang rasa, yang alami, yang hadapi, yang dengar, yang nampak. Itu pengalaman. Itulah sampah paling berharga. Tak ada kat mana-mana kecuali dalam diri, internal (intrinsic) yang boleh convert kepada external (extrinsic) melalui sharing. Haha..maaflah saya cuba nak cakap English lagi. Oh....

Saya mungkin dilahirkan dalam persekitaran yang suka mengumpul barang-barang, jadi hari ini saya cuba untuk menjadi marhean yang kumpul sebanyak mungkin pengalaman. Saya cuba untuk buat blog saya ni sarat dengan pengalaman saya. Saya nakkan kekuatan untuk buat itu, untuk buat ini, sebab saya nak kutip, kumpul dan ceritakan pengalaman saya pada awak-awak. Maybe bukan cerita in verbal pada orang, tapi cuba zahirkan dengan tulisan dalam blog cekeding ini. Cuma...cuma... saya sedar adakalanya terkurang sana-sini, penceritaan saya tidak sampai maksud. Betul kan?

Saya wonder benda-benda seperti 'Apakah permainan kanak-kanak zaman batu? Apa yang diorang main?'
Saya wonder 'Apakah rasanya menjadi seorang pemimpin hebat?'
Saya wonder 'Apakah rasanya menjadi seorang ibu atau seorang ayah?'

Saya selalu tertanya-tanya, sebab saya tak berpeluang hidup di setiap zaman, hanya secebis dari sebuah zaman.
Saya selalu tertanya-tanya, sebab saya tak berpeluang memainkan semua watak, hanya berpeluang memegang 2 3 watak dari ratusan topeng dunia.
Saya selalu tertanya-tanya, sebab saya tak pasti dapatkah saya merasai pengalaman yang semua orang dambakan?

Saya tahu saya tak berpeluang memainkan semua permainan kanak-kanak.
Saya tahu saya mungkin tak berpeluang memainkan peranan yang menjadi perhatian semua mata.
InsyaAllah, yang jadi ibu tu saya harap saya diberi peluang oleh Dia, cuma setiap ibu pun semuanya lain-lain pengalaman kan?

Sebab itulah saya nak kumpul dan tulis pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup, sekadar yang boleh, untuk awak-awak baca. Bukan baca saja. Mudah-mudahan yang mana baik dapat dicedok dan dijadikan panduan. Boleh buat comparison antara pengalaman awak-awak dan pengalaman saya. Macam tu lebih baik kan?

Kalau mungkin berpeluang ada anak cucu nanti, Umi dan Wan (nenek) nak awak-awak belajar macam mana Umi dan Wan pandang dan hadapi hidup ini. Erti dan makna yang itu Umi dan Wan dah lalui, yang ini Umi dan Wan dah hadapi. (Haha...saya harap kalau ada anak, biar dia panggil saya Umi..:D)

Pengalaman tu macam masa. Berharga. Tak boleh undur. Tak boleh gerak ke depan dan ke belakang. Tak boleh nak dicepatkan dan dilambatkan. Masa tu makin jauh tinggalkan kita. Macam masa muda, kita tak dapat nak kembalikan. Hanya dapat ceritakan pengalaman masa muda. Pengalaman yang kita dah lalui, dah rasa. Sebab itu kita wajar ambil iktibar dan belajar dari pengalaman. Guru is always being a guru, but experience is more valuable than what we've learnt in school. Experience is a true guru of life. Sebab guru pun mengajar berdasarkan pengalaman. Tidak mengajar apa itu pengalaman. :-) Itulah kata-kata dan mumbling dari saya petang ini. :-)

Sekian. Assalamualaikum.