Kulit depan buku |
Judul : Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam
Pengarang : Muhammad Nawawi Al-Bantani (Penulis); Fuad Kauma (Penterjemah)
Terbitan : Synergy Media
Bil. Mukasurat : 312
Baiklah, secara ringkas mengenai buku ni dan kandungannya yang saya extract dari kata pengantar dan sinopsis di kulit belakang buku.
Buku ni adalah karya dari buku asal Nashaihul 'Ibaad karya Muhammad Nawawi bin 'Umar A-Jawi. Sesuai dijadikan sebagai pedoman dan rujukan berperilaku sesuai dengan tuntutan Islam. Kandungan buku berkisar tentang peringatan dan nasihat dan sebahagiannya terdiri daripada beberapa persoalan dan masalah. Buku ni ada 214 perbahasan yang didasarkan pada 45 hadis. Ada yang mudah difahami dan very straight forward. Ada juga memerlukan pemahaman yang agak mendalam dan bila kita dah faham dan praktikkan dengan ikhlas dalam kehidupan sehari-hari, insyaAllah dapat membersihkan hati, menyucikan jiwa.
Bahasanya mudah dan cukup sederhana, mudah difahami. Bila dah start baca, nak baca dan baca lagi :-)
Kandungan dalam buku ni yang terbahagi kepada 10 bab iaitu:-
Bab 1 : Berkaitan Pengendalian DiriBab 2 : Berkaitan ZuhudBab 3 : Berkaitan Tanda KeimananBab 4 : Berkaitan Penawar HatiBab 5 : Berkaitan Rahsia Allah s.w.tBab 6 : Berkaitan Hari KiamatBab 7 : Berkaitan Nasihat BergunaBab 8 : Berkaitan Golongan ManusiaBab 9 : Berkaitan HikmahBab 10 : Berkaitan Kitab Taurat
Senarai bab-bab |
Antara kandungan buku |
Antara kandungan buku |
Antara kandungan buku |
Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke arah kebenaran dan kebaikan sehingga kita mendapat redho dan keampunan-Nya.
No comments:
Post a Comment