Wednesday, June 6, 2012

Peti #27 : Bahagian Untuk Diri - Sendiri



Setiap kali melintasi perkuburan, saya memberi salam.
Dan kerapkali saya berfikir sendirian, apakah nasib saya di nanti di alam kubur.
Dan ketika itu mulalah saya membilang dan mengira-ngira nasib ahli keluarga yang telah meninggal dunia terlebih dahulu.
Apakah nasib arwah abah saya, arwah abang saya, arwah tuk dan wan saya, semua saya ingat satu-persatu.

Bila tiba masa saya nanti, akan adakah titipan doa insan lain buat saya?
Ingatkah ahli keluarga saya untuk mendoakan saya apabila saya tiada lagi di sini?
Ingatkah kawan-kawan saya untuk mendoakan saya di alam kubur sana nanti?

Seringkali hati bertanya sendirian
Apakah saat terakhir menghantar kematianku?
Apakah saat sujud solat menghadap Rabbku
Apakah saat Jumaat sebagai hari terakhirku
Apakah saat mengerjakan amalan terbaikku
Ya Allah, akhirilah pengakhiran husnul khotimah buatku dan buat kita semua
Saat malaikat maut menjemput roh dan jasad nanti.

3 comments:

  1. sama2 lah kita perbanyakkn istifar..

    ReplyDelete
  2. delete ke komen koi. ala rilek la maksu

    ReplyDelete
  3. eh silap.tak delete pon ek.hehe

    ReplyDelete