Hari ni al-kisahnya sampai di ofis, terus saya punch card dan beli sarapan di cafe.
Kemudian, saya berkejar, jalan laju-laju-laju, cepat-cepat-cepat sebab nak dengar tazkirah Jumaat.
Sekali, saya terpijak jubah saya, labuh. Memang labuh. Bukan sebab saya pakai heels. Saya pakai flat je.
Terus saya jatuh terseliuh. Kaki kanan rasa sakit. Kaki kiri pun rasa sakit. Sakit sampai saya menangis. Cengengnya saya. Tapi bengkak la jugak kaki ni.
Bengkak macam tu la kaki saya, dua-dua belah pula tu Sumber : gen2merah.blogspot.com |
Semalam. Ada student perempuan jatuh terseliuh. Terus driver bawa pergi kecemasan. Bersimen kaki dia.
Semalam juga. Ada staf lelaki terjatuh. Tapi tak ade apa-apa kot.
Saya kena pergi klinik. Takut jadi apa-apa. Terima kasih diucapkan kepada officemate, tolong sapukan minyak panas dan urut kaki saya tadi. Tapi masih sakit lagi. InsyaAllah cepat baik...
Hati-hati tau berjalan. Jangan terkejar-kejar nak cepat. :)
semoga cepat sembuh ye.. amin ya Allah
ReplyDeleteJazakallah awk...amin...amin...amin ya Allah :-)
ReplyDelete