Assalamualaikum. Awak semua apa khabar? Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat-Nya. Oh ya, bulan Ramadhan akan menjelang 2 3 hari je lagi. Esok dah nak tengok anak bulan. Alhamdulillah diberi nikmat menjalani sekali lagi puasa di bulan 1000 rahmat ni. Rasa cam nak buat satu projek sempena bulan penuh barakah ni.
Tapi...tengah fikir-fikir nak buat projek apa?
Seriously, rasanya macam lama sangat tak melukis potret. Tiba-tiba teringin melayan perasaan sambil melukis potret. Biasanya kalau buat kartun @ doodle, tak boleh nak feeling lebih-lebih. Projek melukis potret barangkali? Hm, tak pun memang luar dari skop melukis. Tengok la dulu macamna. Ala, kata nak buat projek itulah, projek inilah, canang-mencanang bagai, tapi lastly sekadar untuk kepuasan diri sendiri aje kan....atau paling hampeh, tak jadi satu apa pun...(heh).
Dari saya |
Di bawah ini ada saya selitkan PETIKAN MENGENAI PUASA DAN AMALAN yang perlu diamalkan bersama. Ini untuk saya kongsi bersama awak semua. Yang ini saya dah tambah-tambah ayat n saya copy paste dari SINI dan SINI. Selain daripada solat sunat tarawikh yang khusus pada bulan Ramadhan ni, antara amalan yang perlu diamalkan oleh kita ialah:-
1. Bersahur di akhir malam.
Ingat, kalau kita nak berpuasa keesokan hari, mestilah kena bersahur. Yang terbaik ialah bersahur di akhir malam, waktunya ialah jarak bacaan 50 ayat Al-Quran (dibaca sederhana) dari azan subuh.
Dari Amru al-As r.a., Nabi SAW bersabda: "Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Hadis Riwayat Muslim)
Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda, "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Biasanya, bila bulan puasa, selepas selesai je sunat tarawikh, akan ada tadarrus Al-Quran. Yang paling baik ialah dapat khatam 30 juzuk Al-Quran. Tahun lepas sewaktu dengar tazkirah, ada seorang ustaz kat sini ada ajarkan dan beri formula berapa ayat Al-Quran yang kita kena baca setiap hari untukkan khatamkan 30 juzuk dalam masa sebulan berpuasa. (Nanti saya tuliskan catatan tu dalam ni ye)
Dari Ibnu Abbas r.a., "Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan apatah lagi apabila setelah bertemu Jibrail. Biasanya Jibrail menemuinya setiap malam dibulan Ramadan. Dia mengajaknya untuk bertadarrus al-Qur'an. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dalam melakukan amalan kebaikan melebihi tiupan angin." (Riwayat Al-Bukhari)
3. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
Kita sebagai umat Nabi Muhammad, pergantungan kita hanyalah pada Allah s.w.t. Doa tu senjata orang mukmin. Kan dalam Islam ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Antaranya semasa kita berpuasa, berdoalah semahu-mahunya, insyaAllah Allah dengar dan terima doa kita.
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang." (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi SAW bersabda, "Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi."(Riwayat At-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)
4. Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib
Sebaik-baiknya bila dah azan maghrib tu, kita berbuka la. Nak kejar solat fardhu pun, paling tidak jamahlah sedikit makanan sebelum bersolat. Lagi bagus kalau kita amalkan sunah berbuka puasa terlebih dahulu dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan segelas air. Tapi macam saya, jangan kata orang lain lah, bila waktu berbuka mesti cari air dulu, lepas tu kurma dan nasi. Bila dah kenyang, barulah badan rasa berat nak solat maghrib, hm..tak patut betul kan.
Dari Sahli bin Saad r.a., Nabi SAW bersabda, "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka." (Riwayat Al-Bukhari)
5. Memperbanyakkan ibadah malam pada 10 malam terakhir Ramadhan
Selain daripada solat sunat tarawikh dan solat sunat witir, bila dah bangun sahur, jangan lupa untuk solat malam (solat sunat tahajud).
"Sesungguhnya Nabi s.a.w manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama." (Riwayat Bukhari & Muslim)
6. Memperbanyakkan sedekah
Seakan sangat sinonim bulan Ramadhan adalah bulan bersedekah. Sedekah ni ada macam-macam bentuk. Ada sesetengah pihak akan bersedekah pada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan. Yang penting niat kita dan ikhlas itu hanya dalam pengetahuan Allah.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Nabi SAW bersabda,"Barangsiapa yang memberi juadah berbuka puasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun." (Riwayat At-Tirmidzi)
Sumber : bicarapelajar.blogspot.com |
Akhir kalam dari saya, selamat menjalani ibadah puasa pada awak semua dan pada saya juga. Kawallah nafsu kita, walaupun syaitan sudah terikat. Selamat berbelanja dengan berhemah. :-)
Sekian. Assalamualaikum.
Tak sabar nak tunggu projek Cik Baina....mesti best...(",)
ReplyDeletehehe...sebenarnye dalam kepala ni pun tengah fikir2 nak wat projek ape....:p
Deleteaktiviti zzzzzzzzzzzzzzz di kesiangan hari ......
ReplyDeletekadang-kadang pun diri ini ter'z z' jugak kat opis ni... :D
Delete