Thursday, July 26, 2012

Peti #41 : Tiga Puluh???

Kenapa dengan kau ni???



[Mode : tengah layan lagu Sungai Lui - Aizat]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam khamis. Awak-awak sihat? Awak-awak dah mandi? Awak-awak tengah curi tulang sambil-sambil online kat opis ke? Awak-awak tengah buat list menu nak berbuka apa hari ni ke? Awak-awak tengah sorok-sorok makan biskut sebab cuti puasa (datang bulan) ke? 

Ke awak-awak macam saya? Tengah fikir soal hidup, soal masa lalu dan masa depan?

Pejamkan... matamu... untukku..., biarkan dunia... berkata-kata. Masalahnya hari-hari pejam-pejam-pejam, lama-lama pun dunia tak berkata apa-apa. Puitis sungguh lirik lagu Aizat yang satu ni. 

Kartun kat atas tu sebenarnya intro kepada perasaan berdebar-debar. Bukan hanya baru sekarang rasa berdebar-debar. Dulu perasaan masa nak ambil result SPM pun berdebar-debar. Masa nak masuk universiti dan pertama kali kena duduk berjauhan dari keluarga dan stay kat asrama pun berdebar-debar. Masa mula-mula masuk alam pekerjaan pun berdebar-debar. Masa pertama kali kena jadi host pun berdebar-debar jugak. Ala, banyak sangatlah saat yang mendebar-debar dalam hidup ni kan!

Bila fikir punya fikir, dah nak cecah angka TIGA PULUH dah. Alahai, risau sangat dengan keadaan diri sendiri. Hei....!!! of course risau dan berdebar-debar. Nak masuk TIGA PULUH ni (yang penting bukan tahun ni atau tahun depan), ada sedikit tahun saja lagi melangkah ke alam TIGA PULUH.

Checklist TIGA PULUH (inilah yang buat hati ni berdebar-debar) dibandingkan dengan orang-orang di sekeliling adalah seperti berikut:-

1. Hidup berpasangan macam Uda dan Dara
Uda dan Dara adalah dua pasangan yang serasi. Jadi eloklah dikahwinkan saja bila dah rasa serasi. InsyaAllah akan ke arah itu. Dua orang kakak saya telah berkahwin sebelum TIGA PULUH. Kawan-kawan di zaman sekolah dan universiti dah ramai yang kahwin. Dah ramai ada anak. Bila buka satu-satu profile kawan dalam facebook, mesti ter'klik' Photo Album. Mesti tertengoklah satu-persatu gambar kahwin orang lain, mesti tertengoklah satu-persatu gambar anak orang lain. Jadi bilakah diri ini akan menamatkan zaman bujang? Adakah tahun ni, atau bayang-bayang masih samar? Cuma target dah letak tahun depan. Allah, makbulkan cita-cita dan hasrat murni ini. :-)

2. Mempunyai junior sendiri
Oh, tadi bila dah tertengok gambar anak kawan-kawan dalam facebook, mestilah teruja ingin mempunyai junior sendiri. Dah kerap sangat berangan nak letak nama anak sendiri (Yusuf, Sumayyah, Aisyah, Thariq..emm..emmm...emmmm...). Dah makin kerap godek-godek dalam Google nama-nama bayi Islam pilihan. Dah banyak kali cakap dengan orang-orang sekeliling yang saya nak anak seramai mungkin. Adakah impian ini bakal tercapai sebelum TIGA PULUH? InsyaAllah...

3. Mempunyai rumah tempat berteduh
Rumahku syurgaku, baiti jannati. Saya inginkan paling tidak sebuah 'syurga dunia'. Nak deko sendiri rumah impian. Nak tengok junior sendiri bermain-main dan tidurkan junior sendiri dalam rumah sendiri. Tengok kakak-kakak yang ada rumah sendiri dan menguruskan isi rumah sendiri, terasa ingin seperti itu, walaupun hakikatnya penat dan lelah saban hari. InsyaAllah dah kahwin akan merancang untuk memiliki aset ini. :-)

4. Memiliki aset dan simpanan yang kukuh
Aset yang besar-besar, yang ada nilai macam kereta, barang kemas dll. Aset yang boleh dilabur untuk kegunaan masa sesak / masa akan datang macam duit berkepuk-kepuk dalam bank. Alhamdulillah ada peneman sebiji kereta (Si Putih) untuk kemudahan bergerak ke mana-mana. Duit? InsyaAllah kumpul sikit2, lama-lama jadi setinggi Gunung Kinabalu. :-)

Sekian. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. lepas raya ni roger...jgn tgu lagi

    ReplyDelete
  2. bersabar lah... masanya akan tiba juga nnt :D

    ReplyDelete
  3. sedihkan bila dah nak masuk tut..tut...menlihat rakan sebaya yg dah mempunyai kehidupan sendiri...tp semua yg terjadi bersebab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tapi kita jangan mudah menyerah. takdir boleh diubah dengan doa dan usaha kan. :)

      Delete
  4. sedihkan bila kita dah nak masuk umur tut..tut..bertambah sedih bila org sering bertanya bila lagi..bila lagi emmm

    ReplyDelete