Assalamualaikum. Hari Rabu ni orang selalu entri pasal Wordless Wednesday kan..kan..kan... Takpelah, lain kali saya buatlah entri Wordless Wednesday. Minggu lepas ada cakap nak cerita pasal hati kan (bukan hati la, jantung sebenarnya). (Klik kat sini). Maka bersempena hari rabu ni saya nak kongsikan hasil carian godek-godek bantuan Tuan Google, maka saya rangkumkanlah sedikit perihal ataupun fakta mengenai hati (dah kata, bukan hati, jantung lah). Jika apa-apa maklumat yang saya paparkan kat sini terdapat percanggahan atau salah, saya tak bertanggungjawab sebab saya pun ambil dari laman web orang aje. saya harap ada yg sudi komen untuk betulkan.
Ok, let's go!
Kita ni dah jadi terbiasa bila sebut 'heart' je kita anggap sebagai 'hati'. Tapi sebenarnya, 'heart' bukanlah 'hati' melainkan 'jantung'. Organ tubuh
manusia yang bernama "hati" dalam Bahasa Inggeris disebut 'liver'. Contoh kalau sakit jantung, dipanggil 'heart attack', jadi kalau di'Melayu'kan tidaklah bunyinya 'sakit hati' kan...Hehehe...
Ok sudah, itu kekeliruan kecil aja kan!
- Jantung orang dewasa berdenyut kira-kira 72 kali per minit; 100,000 kali sehari; 3,600,000 kali setahun.
- Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.
- Denyut jantung janin adalah sekitar dua kali lebih cepat orang dewasa, sekitar 150 denyutan per minit.
- Kurang tidur dalam jangka waktu lama dapat menyebabkan denyutan jantung tidak teratur.
- Jantung seorang wanita biasanya berdenyut lebih cepat dari jantung seorang lelaki. Jantung dari seorang lelaki secara purata berdenyut sekitar 70 kali per minit, sedangkan rata-rata jantung wanita berdetak 78 kali per minit.
- Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Sumber :
Fakta hebat tentang jantung (www.loveloveislam.com)
No comments:
Post a Comment