Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua.
Sebelum ni saya ada janji nak citer pasal berudu. Sebelum tu, saya bukan nak mengupas perihal hidup berudu ni (salah satu fasa hidup seekor katak), jadi saya harap tiada antara awak- awak yang confuse.
Semasa kecil-kecil, hidup itu sangat-sangat-sangat indah. Awak tahu kan kalau awak hidup di zaman kanak-kanak 70-an, 80-an, 90-an dan sebelumnya, zaman kanak-kanak itu adalah antara fasa kehidupan yang terbaik dan sarat dengan momen melucukan, menggelikan, mengenal jiwa kembara, dan lain-lain rasa.
Dulu masa kecil-kecil, saya ni kiranya agak nakal juga. Arwah abang saya adalah bestfriend saya, maka ke mana ada dia, berkemungkinan di situ juga ada saya. Bila dia main bola, saya memang tak ikut, bila dia mandi sungai, saya jarang-jarang dapat ikut, tapi bila dia buat kembara masuk hutan kecil kat kampung kami, selalunya saya akan escort dia..hehehe...lain-lain aktiviti kat kawasan rumah saya sentiasa menonong ikut dia...
Salah satu aktiviti kami masa kecil-kecil ialah tangkap berudu. Kepada yang tak pernah jumpa berudu, atau lihat berudu, bolehlah Google sendiri hehehe. Pada saya, berudu sangat comel. Anak katak yang sebesar jari kuku, bermakna baru bertukar dari berudu pun sangat-sangat-sangat comel.
Segalanya ada di sini, longkang di tepi surau...
Kisahnye begini, ada surau terletak berhampiran dengan rumah kami di kampung. Jaraknya kira-kira 100 meter je dari rumah. Bila musim hujan je, saya, abang, dan sepupu yang sebaya akan mandi di dalam longkang di tepi surau tu. Dengar bunyinya macam jijik aje kan. Tapi percayalah air longkang surau tu dikira bersih jugaklah. Alah standard air Sungai Pahang tu. Hehehe.. Jadi kami semua memang kanak-kanak yang susah nak faham bahasa, dilarang berkali-kali oleh emak pun tetap nak mandi dekat longkang tu. Jadi kalau musim hujan, kami tak lekat di rumah, emak dah tahu kami mesti ada di longkang tepi surau tu.
Dari mula hujan turun, hinggalah hujan sidang (reda), kami mulakan aktiviti berenang tipu-tipu dalam longkang tu. Berenang tipu- tipu tu ialah meniarapkan badan di dalam air, dan tangan awak tu buatlah gaya berenang kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, gaya bebas ke. Bukan apa, air longkang tu dalamnya separas lutut budak enam tahun je bila musim hujan. Kadang-kadang bila hujan waktu asar, para jemaah yang lalu-lalang nak bersembahyang kat surau pun kami tak hirau. Bila ditegur, kami hanya sengih macam kerang busuk aje..tegar sungguh..Huhuhu...
Satu keminatan saya dan arwah abang ialah menangkap berudu. Kadang-kadang sepupu saya pun akan ikut tangkap berudu juga. Di dalam longkang tu biasanya banyak berudu. Berudu ni suka berenang di tepi-tepi longkang yang cetek tu. Jadi amat mudah kami menangkap berudu-berudu tu untuk dibuat main. Kadang-kadang kami seluk tangan ke dalam air dan kemudian letak sedikit air di dalam baju. Kemudian tangan-tangan kecil kami ni mulalah mencelup-celup ke dalam air dan menggenggam tangan yang berisi berudu-berudu kecil. Sangat comel.
Inilah saat-saat indah menikmati berudu-berudu berenang dalam baju...huhuhu
Gambaran kecomelan berudu berenang-renang di dalam baju. Hehehe...
Adakalanya, kami bawa beg plastik dari rumah, diisi dengan air dan letakkan berudu-berudu tersebut ke dalam plastik yang ditebuk sedikit lubang udara. Bekalan berudu kami sambung main di rumah. Itulah cara kami bermain dengan alam.
Bekalan berudu di bawa pulang ke rumah
Sangat seronok walaupun berkali-kali dileteri dan dimarahi emak, atuk dan nenek, namun kami tetap seronok dengan mainan kami. Bila dah bosan dengan berudu tu, kami akan lepaskan semula. Selalunya petang hari yang sama juga kami lepaskan berudu tu, sebab arwah atuk cakap, tak baik seksa binatang, lagipun nanti berudu tu jadi katak, jangan simpan lama. :-)
Sekarang saya rasa kanak-kanak pun hanya lihat gambar berudu dalam buku teks Sains. Jadi beruntunglah kalau awak adik-adik yang dapat lihat berudu secara life. Hehehe..Inilah salah satu permainan saya masa saya kecil-kecil. Seronok bukan!. :-)
Sekian. Assalamualaikum.
huhu.. kenangan
ReplyDeletetau takpe...hehehe
ReplyDelete