Monday, April 30, 2012

Peti #16 : Selamat Hari Pekerja ( hari yang tak perlu bekerja)

Assalamualaikum. Harap2 semua sihat.
Masing-masing semua mengira-ngira detik 5 petang kan.. Maklumlah esok cuti, 1 Mei.

Jadi, selamat bercuti kepada semua pekerja, tak kira la kalau awak pekerja kilang papan ke, pembantu jualan ke, pegawai eksekutif ke, pegawai teknologi maklumat ke, pengarah syarikat jualan langsung ke, pembuat kerepek pisang ke, tukang buat cincin ke, pelayan restoran ke, tukang bancuh air ke dan sebagainya. jadi selamat hari pekerja buat semua.

Dari saya :-)


Dah lama tak tengok berudu. Comel je kan.
Balik dari Pesta Buku, saya nak buat entri pasal berudu. :-)


 Comelnye...


Selamat menikmati cuti semua. :-)
Sekian. Assalamualaikum.






Friday, April 27, 2012

Peti #15 : Stationary Case (2)

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Kejap lagi masuk waktu zohor. Kepada awak-awak yang berjantina lelaki, muslim, dah baligh, akal waras, jangan ponteng solat jumaat berjemaah pulak ye.

Saya dah siapkan stationary case saya yang simple tu. Kalau ikutkan sekejap je nak siapkan benda tu. Lagipun saya buat ala kadar je. tujuannya supaya nampak pensel-pensel, pemadam, pen merah pen biru pen hitam, pembaris tu semua tersusun dan kemas, tidaklah bersepah.

Inilah dia benda tu.

 Ada stapler, ada pen, ada pemadam, ada pembaris, ada dawai kokot, ada macam-macam...


Pen merah, pen biru, you marah, i love u..:-)


Sekian. Assalamualaikum.

Thursday, April 26, 2012

Peti #14 : Stationary Case

Assalamualaikum. Salam khamis buat semua. Awak semua jangan malas-malas bekerja ye. Awak-awak yang tengah bergelut dengan peperiksaan, selamat menduduki peperiksaan. Oh ye, tahniah pada adik-adik yang berjaya ke Matrikulasi KPM kemasukan hujung bulan Mei nanti.

Oklah, saya dan kawan-kawan dekat office ni sibuk mengemas dalam minggu ni. Maklumlah nak audit esok hari. Hari ni saya tengah buat DIY Project Stationary Case. Saya tunjuk sikit gambar dalam proses ni ye. Harap-harap hasilnya cantik kebabom nanti. :-)

Kertas surat khabar yang digunting kenit-kenit (kalau rasa tak larat dengan kerja menampal menepek, jadi gunting lah saiz dia besar sikit)


Penyenggat (betul ke ejaan dia??)


Dah semestinya awak perlukan sebuah bekas. Saya memilih sebuah kotak bersaiz A3. Hehehe...


Tampallah macam mana pun


Dan awak perlukan gam juga


Okay ini sudah bersepah. Jangan biarkan meja awak sepah lama-lama. Siapkan dengan cepat. Itulah alat tulis yang akan ditempatkan di rumah baru mereka nanti :-)


Bahan yang awak perlu ada ialah :-
Sebuah kotak, saiz terpulanglah pada awak
Penyenggat (awak buat dari penutup kotak tersebut pun boleh, macam saya ni)
Gam
Gunting

* Saya cuba siapkan dulu, nanti saya tunjuk rupa yang dah siap ye :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Wednesday, April 25, 2012

Peti #13: Senyum Ada Makna

[Peti ini separa panjang]
Assalamualaikum. Salam Hari Tengah Minggu buat semua. Harapnya awak semua sihat ye. Kurangkan minum kopi dan teh demi kesihatan kita bersama.

Saya rasa banyak benda yang jadi kat kita buat kita rasa malu. Kalau malu sikit-sikit boleh la cover buat muka selamba badak kan. Tapi kalau malu dah tahap tak tahu mana awak nak sorok muka bam bam awak tu, aduhai memang tak boleh nak sorok bawah meja la pun.

Lokasi : Pasaraya sederhana besar
Tarikh kejadian : Hari Selasa, tahun lepas, tarikh tak ingat, bulan pun tak ingat

Satu petang, lepas balik dari kerja, saya plan nak jalan-jalan sekejap ke bandar. Saya pun singgah kat satu pasaraya ni. Saya nak beli sedikit keperluan dapur (perlu ke nak mention? huhu). Hari tu saya pakai jubah hitam, jubah baru ye. Lepas park Si Putih betul-betul dekat depan pasaraya tu, saya pun melangkah keluar dari kereta. Saya pun bajet lah macam saya paling cun, mungkin sebab tu ada sepasang suami isteri yang umurnya saya kira pertengahan abad pandang-pandang sambil buat senyum ada makna. Saya pun memang ingat saya paling cun meletup kebabom dah masa tu.

Tak habis di situ, saya pun masuk ke pasaraya terus ke ruangan makanan dan minuman. Ruangan tu berhampiran je dengan cashier. Saya pun beli la 2 3 kotak air susu kocak. Saya perasan ada 2 3 orang cashier yang saya kira lepasan SPM agaknya pandang-pandang dan senyum-senyum sesama diorang, senyum yang ada makna lagi.

Saya pun rasa pelik pulak la kan. Dalam hati dah berkata, 'Lawa sangat ke aku hari ni? penangan jubah baru kot' (huhuhu...)

Lepas tu saya pun terus la ke cashier untuk buat pembayaran. Adik cashier tu cakap, "Akak, baju akak koyak la kat belakang". Saya pun gelabah gila awak. 'Koyak? Apa? Koyakkkkkkk?'  Saya tanya dia sambil buat muka cuak cover line, "Besar ke koyak tu dik?", dia jawab, "Besar jugak la kak."

Bahagian belakang baju (jubah)


Terus saya cepat-cepat blah lepas bayar. Saya rasa malu yang amat, awak adik-adik cashier belasan tahun tu gelak-gelak kerang busuk kat saya. Tapi nasib baik adik tu bagitahu saya. Kalau tak, mesti saya jalan-jalan satu bandar sambil buat muka confident cun, padahal tak sedar-sedar dah bertambah ketebalan muka saya ni tahap jalan tar kena lalu dengan lori balak pun tak ada effect.

Besar tu koyaknya...


Dalam kereta memandu pulang, saya senyum sorang-sorang sambil berfikir. Oh, rupanya saya dengar bunyi "Prappppp....!" masa mencangkung tutup pintu kat office sebelum balik tadi. Dalam hati rasa berbuku juga, beli jubah baru, pertama kali pakai dah koyak. Terus rasa taknak beli baju kat kedai tu dah. Padahal kedai tu tak bersalah pun. Jaga-jaga bila awak perasan ada orang senyum-senyum dekat awak. Takut diorang senyum tu ada makna...:-)

Sekian. Assalamualaikum.

Monday, April 23, 2012

Peti #12 : Perkongsian (12 Nasihat Berguna Untuk Diamalkan)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari isnin.

Alhamdulillah saya sihat, awak pulak sihat ke hari ni? Kalau rasa tak bermaya, kurang bertenaga, tak ceria, apa kata kita sama-sama check apa yang kita buat sehari-hari. Apa yang kita makan sehari-hari, apa yang kita minum sehari-hari, malah tabiat kita sehari-hari.


Kadang-kadang kita ni dah terbiasa buat sesuatu yang kurang sihat, seperti contoh makan makanan yang bergoreng, pagi, tengah hari, petang bahkan sampai terbangun tengah malam pun mesti awak nak pekena teh atau kopi. Yang student pula, dah jadi tabiat dengar lagu kuat-kuat guna fon telinga sambil study sampai 2 3 jam, dan sebagainya.


Oh ya, saya ada banyak benda nak dikejarkan dalam minggu ni. Audit Dalaman 5S jumaat ni, Lawatan ke Pesta Buku nak confirmkan tarikh, chop, C.H.O.P (Oh My English...huhuhu saya suka iklan tu), stamp borang student dan lain-lain.

Okay lah, saya ada nak kongsi sedikit info yang saya dapat dari satu laman web. Harap kita sama-sama baca dan sama-sama boleh amalkan. Ianya bagus untuk buat diri kita kekal sihat dan terhindar dari sebarang penyakit.

12 Nasihat Berguna Untuk Kita Kekal Sihat

1.  Jawab panggilan telefon dengan TELINGA kiri.
2.  Jangan minum kopi lebih dari DUA (2) KALI sehari.
3.  Jangan ambil pil dengan AIR SEJUK.
4.  Jangan makan terlalu banyak (MAKANAN BERAT) selepas jam 5 petang.
5.  Kurangkan pengambilan TEH.
6.  Kurangkan pengambilan makanan BERMINYAK.
7.  Minum lebih banyak air pada waktu PAGI, dan kurangkan pengambilan air pada waktu MALAM.
8.  Pastikan jarak diri anda tidak terlalu dekat dengan PENGECAS TELEFON.
9.  Jangan gunakan FON TELINGA / FON KEPALA terlalu lama.
10.Masa tidur yang terbaik ialah pada jam 10 MALAM hingga 6 PAGI.
11. Jangan terus masuk tidur (BARING) sejurus selepas mengambil ubat.
12. Jangan menjawab panggilan telefon bimbit ketika telefon tersebut hampir kehabisan BATERI.

Sumber : www.manhag.net

P/S : Saya translate sendiri dalam BM, jadi kalau rasa salah maksudnya tu, saya minta maaf ye :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Friday, April 20, 2012

Peti #11 : Doa Perlindungan Daripada Kejahatan

Assalamualaikum. Selamat petang jumaat pula.

Saya tiada sambungan internet di rumah. Jadi untuk cuti 2 hari (hujung minggu) ni, saya doakan awak semua sihat dan sentiasa terpelihara. Terpelihara daripada musibah kejahatan dan terpelihara daripada melakukan kejahatan. Doakan untuk saya juga ye. InsyaAllah...

Jadi, saya tinggalkan anda dengan doa ini. Moga menjadi amalan kita bersama. :-)


Sumber: Mulakan Kerja Dengan Doa oleh Wan Shuhairi Wan Mohamad (2012)

Peti #10 : Cinta Monyet

[Peti ini panjang jugak kot]
Assalamualaikum. Salam tengah hari jumaat pulak.

Saya kan orang kampung. Betul-betul saya tak pernah duduk bandar lama-lama sampai awak layak panggil saya orang 'bandar'. Habis-habis lama duduk di Pantai Dalam, KL dalam 3 tahun. Saya rasa kalau saya tulis dalam blog ni mesti tentang kat sini-sini je, yelah kat sini-sini, bukan bertukar-tukar lokasi (sekejap kat airport, sekejap kat Paris, sekejap kat dalam LRT) . Ini pulak lokasi beli-belah Pebiliyon (betul ke entah saya eja ni...huhuhu), bukan dekat Bukit Bintang, bukan dekat Kota London bercuti musim panas, bukan dekat Tokyo Disneyland atau senang cakap, tak ada cerita dekat tempat orang kaya-kaya yang duit berkepuk-kepuk (ingat-ingatlah sedekah dekat golongan yang memerlukan). maaf emosi pulak.


Saya sebenarnya nak cerita pasal cinta Monyet, terbuat intro emosi pulak.

"Alah, elok awak study betul-betul dulu. fokus belajar, jangan menggatal. jangan nak biroh sangat."
"Cinta zaman sekolah ni cinta budak-budak. Cinta tak matured. Cinta nafsu je."
"Bercinta sakan zaman sekolah, esok-esok kahwin dengan orang lain jugak."

Ramai orang cakap cinta monyet cinta budak-budak. Alah, betul la kan. Sebab kalau orang dah matured bercinta dia panggil Cinta Sejati. (hehehe, gurau aja)

Saya ada baca blog dia ni. Dia perempuan yang cantik dan tabah. Blog dia kalau awak baca bawah label 'love' memang saya rasa awak menangis. Paling-paling ada rasa basah kat mata. Dia sangat menyayangi kekasih hati dia. Tapi kekasih hati dia dah meninggal dunia (Al-fatihah). Dia dan kekasih hati dia couple dari zaman sekolah lagi. Sampai sekarang dia tak dapat lupakan kekasih hati dia dan belum jumpa pengisi ruang hati dia yang kosong. Ok cukup tak mau cerita lebih-lebih pasal dia. Boleh ke blog dia di SINI.

Saya sendiri?
Saya ada cinta monyet. Macam tak sedap nak panggil 'monyet' terkinja-kinja macam monyet je rasa. Cinta budak-budak ni memang la best. Tapi kan masa tu kan zaman tsunami handphone belum melanda. Saya rasa bil telefon si dia mencanak-canak naik tiap-tiap bulan. Siang malam berdering telefon rumah. Saat tu, kalau telefon berdering, terus cepat-cepat nak jawab. Kalau mak atau kakak yang jawab, memang kecut perutlah jawabnya. Apa kemahuan dalam cinta masa tu? Kalau saya nak jawab, cinta yang tidak memikirkan soal susah senang selepas kahwin. Skop cinta saya hanyalah berbual-bual di telefon, disulami lawak-lawak dalam majalah Ujang dan Gila-Gila. Tapi tak ada pulak nak tanya atau borak-borak tersembur air sangat pasal study. (Masa ni saya sekolah menengah ye). Masa hari jadi saya dapat hadiah. Masa saya rasa frust atau sakit hati, dia tempat melepas. Banyak la nak cerita tapi segan pun ada ni. Takut terbuka cerita lama-lama yang sensitif pada sesetengah pihak. :-)

Saya salute dengan kawan-kawan yang berjaya merealisasikan cinta budak sekolah mereka hingga ke alam perkahwinan. Cukup-cukup saya salute. Dah memang jodoh itu betul juga. Ketentuan Ilahi. 

Persoalannya?
Kadang-kala awak sendiri rasa menyesal terjebak dalam cinta budak sekolah. Sebab cinta tu dah kecundang di tengah jalan. Kalau cinta tu bertahan, tak ada la awak rasa menyesal kan. Kenapa awak kena terjebak dan dijebak oleh cinta budak sekolah? Awak pun satu.... kenapa mesti nak bercinta masa sekolah?
Allah kan dah tentukan yang terbaik buat kita semua. 

Saya sekarang bekerja dengan gelumang kerenah budak lepasan SPM. Saya tau juga ada yang couple-couple sesama mereka kat sini. Pernah sekali saya singgah di kedai sepupu di bandar, saya terserempak dengan sepasang couple di kalangan student di sini. Yang syiok ialah mereka pegang-pegang tangan ala-ala drama korea yang couple pegang tangan sambil lintas jalan. Lepas tu pakai seluar ketat-ketat mengepat badan dan baju singkat yang color terang-terang sakit pinar-pinar mata tengok bila jalan bawah cahaya matahari. (ok, saya minta maaf kalau seakan saya mengutuk, hanya menggambarkan keadaan ketika itu)

Saya juga ada melihat couple-couple kat sini mengakhirkan episod cinta budak sekolah mereka bila selesai pengajian diorang dekat sini. Kasihan pun ada. Tak berani nak cakap sebab kes curang atau kes tidak direstui keluarga ke apa. Tapi satu yang saya pasti, kalau tidak direstui keluarga tu isunya tidak wujud kalau awak masih muda belia. Sebab kadang-kadang mak ayah pun tak tahu awak tengah bercinta masa awak sekolah. Kalau kes curang tu mungkin saya percaya. Tup-tup, ada pengganti dah masing-masing. Betullah, cinta budak sekolah banyak main-main. Sebenarnya banyak main-main apa? Yelah, semua benda tak serius. Gaduh manja-manja, merajuk pun manja-manja. Cakap manja-manja, marah pun manja-manja. Main-main. Saya tak cakap saya setuju 100% yang cinta budak sekolah cinta yang main-main sebab ada yang betul-betul pandai ber'cinta' masa sekolah. Hasilnya, anak sudah 2 3.

Kakak sulung saya pernah tanya, masa umur saya 18 ke 19 tahun ingat-ingat lupa pula. 
"Kenapa 'kawan' dengan lelaki? 'Kawan' aje la dengan orang yang awak betul2 rasa nak kahwin dengan dia. Jangan main-main. Umur tu kan muda lagi." 

Alih-alih dia buat statement, tak apa la cinta zaman budak-budak, persediaan menghadapi emosi perasaan segala bila awak dah dewasa nanti. Sekurang-kurangnya ada pengalaman mengenal lelaki dan jenis-jenis lelaki. Kakak saya ni bercakap atas dasar sebagai perempuan. Jadi saya rasa ada betulnya apa yang dia kata. Awak rasa betul ke macam tu?

Sebagai lelaki, awak yang pernah terjebak dengan cinta budak sekolah, rasanya macam mana ye? Kalau cinta tu tak bertahan, awek awak kahwin dengan orang lain, atau awak curang dengan dia, atau dia curang dengan awak, macam mana?

Tapi percayalah, bila awak dah matang memikirkan soal hidup, mesti awak terkenang-kenang cinta budak sekolah awak yang tak kesampaian tu. Mesti awak cuba-cuba nak bayangkan (walaupun kabur), macam mana la waktu sekarang ni kalau awak kahwin dengan cinta budak sekolah awak tu. 

Oklah, saya penat la menaip. Saya rasa nak stop kat sini dulu. :-)

Sekian. Assalamualaikum.



Peti #9 : Kabus

[Peti ini separa panjang / panjang jugak kot]
Assalamualaikum dan salam jumaat. Saya doakan kita semua sihat dan dilimpahi rahmat melimpah ruah.

Pagi ini berkabus, sangat cantik, macam berada di alam fantasi, Siti Di Alam Fantasi. Duduk di office tingkat 4, bila melihat ke luar jendela, tengok bukit dan pokok berbalam, burung-burung terbang mundar-mandir di udara, buat langit dan udara jadi satu. Suasana pagi macam ni memang sangat aman dan tenang.

Bila tengok lama-lama, terasa macam di sebalik kabus tu ada dunia lain. Betul-betul rasa nak feeling macam Alice in Wonderland. Tiba-tiba jalan slow-slow-slow-slow dan teramat-amatlah slow sampai pijak semut pun tak mati, rupanya kita dah jadi kecik macam besar kerengga je, lepas tu teruslah nampak cicak tu macam tyrannosaurus rex yang akan pijak-pijak dan makan awak. Hahaha....Ah, karut sangat kan. Nak cerita pasal kabus tetiba masuk dinosaur pulak.


Mana satu entah cicak yang nak pijak-pijak dan makan awak tu....(yang color coklat tu la kot. hahaha...)


Ok, saya dah google serba-sedikit tentang kabus.Rasanya kalau taip di google ada la juga info tentang kabus ni.

Ringkasnya tentang kabus
Kabus ni sebenarnya wap air yang terkondensasi menjadi seperti awan. Kadar kelembapan wap air ini hampir 100%.

Okay...okay...mana satu, kabus ke kabut?
Sebenarnya sama, tapi ada macam tak sama sikit...huhu. Kabus ni awan yang mengurangkan darjah penglihatan kurang dari 2km. Bezanya dengan kabut ialah awan yang mengurangkan darjah penglihatan kurang dari 1km. Senang cerita, kabut lagi tebal dari kabus, lebih light. So kalau pagi2 awak drive kereta pergi kerja tu, awak rasa macam dah tahap awak tak nampak jalan sampai rasa dah termasuk ke lorong sebelah, apatah lagila awak nak nampak katak kodok melompat-lompat lintas jalan, itu maknanya kabut la tu.hehehe..

Ada ke tempat yang setiap masa ada kabut?
Tempat yang paling berkabut (bukan berkabus tau, sebab berkabut tu lebih hardcore..huhuhu) di dunia adalah Grand Banks di lepas pantai pulau Newfoundland, Kanada. Hal ini disebabkan tempat ini merupakan pertemuan arus Labrador yang dingin dari utara dengan arus Teluk yang hangat dari selatan. Daratan yang paling berkabut di dunia terletak di Point Reyes, California dan Argentia, Newfoundland, yang diselimuti kabut lebih daripada 200 hari dalam setahun (ayat ini copy paste dari sini).


Ini kat Grand Banks. Kan dah cakap dia berkabut, air laut dengan awan macam jadi satu. macam i love u, awak dan saya, kita satu.(hahaha)


Ini siapa pandai geografi tak payah tengok peta pun dah tau Grand Banks tu kat mana kan, kan, kan, kan, kan!. Macam saya ni...saya mengaku saya tak pernah tahu pun ada tempat nama Grand Banks. Tak tau pun dia kat Kanada..:-)


Sumber : timtyson.us
Suka sangat bergambar berlatarbelakangkan kabus ye. Inilah salah satu pemandangan dekat Point Reyes, California. Kat sini la dataran paling berkabut di dunia. (Malaysia pun berkabut macam ni juga kot, tapi tidak la hari-hari atau terlalu kerap macam kat tempat ni)


Sumber : timtyson.us
Eh, ada enche rusa rupanya kat situ. Ini pun dekat Point Reyes.


Ini pun dekat Point Reyes. Cantik kan gambar ni.

Oklah, ada peringatan sikit. Kalau pagi-pagi pergi kerja tu, yang mana drive time tengah kabus tak kira la kabus suam-suam kuku atau pun kabus tebal ke, silalah nyalakan lampu kenderaan dan pandu berhati-hati. bukan apa bawak laju-laju jalan licin time kabus (wap air kan-kan-kan), tension jugak kalau sesetengah pengguna jalanraya memecut laju, pastu tak pasang lampu, pastu kabus tebal pulak tu, pastu cocok-cocok belakang kereta kita, lepas tu potong tak bagi signal, pastu rasa nak bom je orang tu. Astaghfirullahal'azim...

Oklah saya penat la taip. nanti saya share lagi ye kalau ada info boleh kita baca-baca sama-sama. :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Thursday, April 19, 2012

Peti #8 : Abah

[Peti ini separa panjang] 


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas dengan nikmat free yang paling tak ternilai, gas oksigen.

Arwah abah saya meninggalkan alam fana ni pada puasa ke-3 tahun lepas, kira-kira 2 bulan selepas arwah abang saya. Saya tidak rapat sangat dengan arwah abah. Tapi saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sayangkan abah.

Sesetengah orang panggil abah 'Mezoh', 'Cikgu Mezoh', 'Atuk', 'Ailong' (ayah long), 'Ayah Teh' ---> tak kira lah orang lain panggil dia apa, tapi kami adik-beradik je panggil die abah (ops! dengan abang2 ipar saya sekali).

Mak kata saya ni banyak ikut abah dari segi fizikal. Kuku saya bentuk cawan ikut abah. Muka saya yang bulat bam bam pun ikut abah. Mata saya bulat macam mata panda pun. Hidung lubang tiga segi pun ikut abah.


Lagi satu saya kidal pun ikut abah. Cuma sekarang saya tak tau saya dari gen mana datangnya fiil waktu baring nak tidur, saya mesti goyang2, gesel2 kaki nak tidur. Saya pernah jugak cuba baring diam-diam-diam-----diam, tapi mesti tak rasa mengantuk, rasa tak syiok nak tidur.

Masa saya darjah 1, abah belikan basikal biru. Saya suka sangat-sangat basikal tu. Pergi mengaji dengan basikal tu. Pergi kedai dekat ngan rumah pun naik basikal tu. Masa darjah 1, abah belikan saya sebentuk cincin. Cincin comel, ada 3 batu warna merah. Sayangnya, saya tak tahu entah ke mana cincin tu hilang.

Ayah memang suka bagi buku kepada kami adik-beradik. Dulu buku-buku yang abah bagi, memang disimpan kat rumah. Kadang-kadang di waktu kanak-kanak, saya memang tak faham pun buku apa yang abah bagi. Oh ye...ada satu buku lama yang abah bagi. Kulitnya berwarna hitam, dengan corak kulit buku tu macam kulit ular sawa. Saya cukup takut bila tengok buku tu. Masa kecik2 saya tak pernah baca buku tu sebab langsung tak menarik pada saya dan saya memang tak tau sampai sekarang apa kandungan buku tu. Buku tu pun dah hilang entah ke mana. Mungkin musnah sebab banjir. :-(


Oh ya, abah saya sangat-sangat-sangat suka melukis. Dia selalu lukis gambar orang, gambar anatomi manusia, gambar basikal, gambar kereta termasuklah kereta kebal. Saya rasa tempias gen abah tu melekat pada saya dan arwah abang. sebab tu saya dan arwah abang pun suka melukis. 


Entah....


Tiba-tiba rasa menerusup rindu pada abah. Setiap kali saya tengok ke luar tingkap office ni, saya terpegun dengan pandangannya yang luas, hijau dan sayup. Nampak lalang - lalang meliuk-liuk ditiup angin sepoi, berbalam-balam pokok- pokok hijau dari jauh, nampak langit dengan awan putih berkepul-kepul. Rindu tu menerjah masuk, tertusuk dalam-dalam kat lubuk hati. Dah tak boleh nak tengok abah lagi kat dunia ni. 

(Tik...tik...tik...)


Al-fatihah. Rasa basah pula kat mata ni...

Wednesday, April 18, 2012

Peti #7 : Kangen

Tiba-tiba hari ini kangen dekat anak buah yang kecil dan comel dan montel dan masam bau besi dan buat muka comel bila menangis. Yang sekarang asyik nak duduk atas riba orang atau mesti nak kena dukung, kalau tak dia buat 'konsert'. Yang sekarang asyik nak berborak dengan orang dan senyum sampai nampak gusi kalau orang tegur dia.Yang sekarang suka golek-golek-golek-golek-golek-golek macam ala hindustan bila baring atas tilam.

 Inilah dia yang dimaksudkan

Lepas tu kangen kat sorang lagi anak buah yang suka senyum menyeringing (macam senyum kerang busuk), yang sangat cerdik, dan mini dan kami panggil dia Einstein Junior. Yang sekarang ni suka sangat ambil kerusi meja makan dan panjat sinki dapur untuk main air. Yang kadang2 mandi dalam sinki sampai berat 'pampers' dia. Yang tengah suka pakai kasut dan selipar orang besar dan pakai spek mata orang besar.

Inilah dia yang dimaksudkan

Lepas tu kangen dekat budak 4 tahun yang sangat petah dan ramah tamah punya banyak cakap. Yang mungkin tengah duduk kat rumah dengan mak waktu ni. Yang sangat suka menyanyi lagu I Like to Move Like Jagger untuk hiburkan hati sendiri. Yang sangat defensive, bila tengok orang lain kena marah, dia akan back up atau defend orang yang kena marah tu. Yang sangat peka dan teruja dengan design-design beg sekolah yang baru dan yang paling suka makan dan tak banyak kerenah bila bab makan-makan ni.

 
Inilah dia yang dimaksudkan

Lepas tu kangen dekat budak 6 tahun yang kami panggil ustaz. Yang sangat-sangat-sangat manja sebab anak bongsu. Yang sangat pandai bercakap dan buat loyar buruk dan suka mengenakan orang. Yang hobinya sekarang main badminton petang-petang. Yang akan kembang hidung bila kena puji. Yang sangat suka susu kocak Dutch Lady Strawberry.

 Inilah dia yang dimaksudkan

Lepas tu kangen dekat anak buah yang dah darjah 1 yang masa kecik-kecik suka sangat suruh saya lukis belon untuk dia. Yang masa tu dia 5 tahun, waktu saya tengah kroh kroh krohhh tidur, dia kejutkan saya terus tunjuk kapal terbang kertas yang dia buat. Yang sangat pandai menilai cantik atau tak cantik dan beri komen pedas kepada apa2 atau siapa2 yang tak kena pada mata dia (kalau kau mekap pelik-pelik, pakai baju tak cukup inci(s) dan baju yang mengepat badan, habis la kau kena tazkirah, huhuhu...). Dan yang sangat cantik tulisan dia.

Inilah dia yang dimaksudkan

Balik ni mesti boleh jumpa semua anak buah saya. :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Peti #6 : 2S Kemudian Kitar Semula

Assalamualaikum. Selamat tengah hari dan selamat berehat sambil makan nasi.

Oleh kerana semangat 2S tengah berkobar-kobar di setiap pelusuk office kami selepas mendengar taklimat 5S isnin lalu, maka 2 3 hari ni mengemas-ngemas (ada ke perkataan 'ngemas'?) kubikel sendiri, membuat proses sisih dan susun hampir kesemua rekod-rekod lama.

Ini baru sikit :-)

Oh ya, untuk peringkat permulaan di office ni buat 2S dulu iaitu Sisih dan Susun. Kalau 5S teruk, alamatnya tertonggeng kiok la semua staf nak buat.huhu...Program 2S ini berjalan serentak dengan Program Kitar Semula, nama jawatankuasa kat office ni tak ingat dah, sisa pepejal apa entah.huhu...

 Ada lagi...

Staf yang bagi taklimat ada pesan, sebelum 10 minit sebelum balik tu, kita kena amalkan konsep mengemas meja kerja (kubikel) kita. Barulah kerja kita sentiasa tersusun. Masalahnya, 10 minit tu saya dah siap-siap tunggu depan punch card. Macam mana? :-) 

Ini bakal dikitar semula...

Sekian. Assalamualaikum

Peti #5 : Kicap

Sumber : azizwan.com

Assalamualaikum. Dulu masa kecik-kecik, masa di bangku sekolah (ceh, ayat nak skema je), memang minat makan nasi dengan kicap. Kicap paling favourite, Kicap Cap Kipas Udang. Kalau mak beli kicap tu, mesti kicap manis, kicap masin kurang minat kurang makan. Kicap manis botol kertas merah, kalau kicap masin, kertas hijau.

Arwah abang saya dulu memang 'hantu' dengan kicap. Mak saya cakap, makan kicap nanti kulit jadi hitam. Orang tua-tua pun selalu cakap kalau orang perempuan time mengandung, jangan makan kicap nanti kulit anak kau gelap (kebetulan la sangat kan kalau baby tu keluar kulit gelap, mesti kau cakap "tu laa, banyak makan kicap". kalau baby tu keluar kulit putih kau tak cakap pulak, "kalau kau tak makan kicap, lagi putih melepak kulit anak kau ni!" huhuhuhu ape entah saya merepek). Tak apa lah, apa ada pada warna kulit kan. Adik-beradik saya pun semuanya gelap macam mendung kelabu. Semua pun suka makan kicap.hehehe...

Hari ni saya bawa bekal hati ayam masak kicap. Simple aje makanan saya hari-hari. Semalam mak beli hati ayam, malam semalam rebus sekejap dengan asam keping, lepas tu sebelum tidur saya masak. Ni la menu breakfast merangkap luncheon saya hari ni. :-)

Sekian. Assalamualaikum.


Bekal hari ni hati ayam berkicap aje...:-)    

Tuesday, April 17, 2012

Peti #4 : Ikatan tudung simple untuk budak

Model menggayakan tudung (maaf semulajadi dia memang hisap jari, tak suruh pun pose macam tu)


 Ikatan tudung yang simple


Tidak rimas bila dipakai


Assalamualaikum. Sebenarnya cara ikatan 'tudung' ini khas untuk anak saudara saya yang sorang ni aje. Dia sangat lasak dan aktif. Kalau nak letak apa-apa (reben ke, cekak rambut ke) kat atas kepala dia, jangan haraplah. Cuma 'tudung' yang diikat macam ini je boleh bertahan lama sikit kat kepala dia. Nak pulak lepas dia mandi, bolehlah pakai 'tudung' macam ni.


P/S : Oh lupa, sebenarnya, 'tudung' tu kain lampin.huhu...:-)

Sekian. Assalamualaikum.

Peti #3 : Tempek Demam

Tempek demam baby anak sedara saya pakai

Tempek demam (koyok) yang baby punya sangat comel. Baru-baru ni anak sedara saya yang kecil demam,  jadi pegi la belikan tempek demam banyak2 kat Guardian. Sangat comel bila dipakai. Ada gambar kartun comel-comel lagi. Saiz dia tu yang buat saya rasa geram je bila tengok. :-)

Sekian. Assalamualaikum.

Peti #2 : Singgang


Assalamualaikum. Bawa bekal singgang ayam untuk breakfast merangkap luncheon... 
Maaflah dah tergigit sikit bahagian drumstick tu. Dah telan dalam perut baru ambil gambar. huhu...

P/S : Kepada bakal cucuku, nanti esok2 bila korang dah lahir ke dunia, nenek akan ajar korang resepi singgang ayam ni.:-)

Sekian. Assalamualaikum.

Peti #1 : Masuk dalam peti


Sumber : flickr.com

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Tajuk macam nak hebat je (macam aje, sori bunyi macam riak).

Lama jugak saya perah otak nak cari nama sesuai untuk blog ni.
Perah punya perah, terkeluarlah layang-layang la, awan nano la (huhu), belon merah la, kain putih la, entah benda-benda la...semua saya try, dah ada orang lain register.

Lepas tu taip petihidup (peti hidup) pun dah ada orang guna. Dah mula jatuh hati dengan 'peti', cuba la taip petimasa.blogspot.com (peti masa), sekali available, terus la saya register.

Maka hari ini saya akan mulalah masukkan apa yang saya rasa nak masukkan dalam peti ni. Blog ini tiada tema setakat ini. Saya campur semua cerita dari zaman sekarang patah balik ke zaman dulu kala, dari alam nyata ke dunia halimunan, dari realiti ke fantasi (macam hebat la sangat konon, huhu). Semuanya saya cuba letakkan sebaik-baiknya dalam peti ni.

Esok-esok kalau anak cucu saya (jika saya dikurniakan mereka), saya harap mereka akan baca cerita dalam peti saya ni , dan senyum sorang-sorang bila baca apa yang nenek mereka tulis. :-)

Sekian.Assalamualaikum.