Assalamualaikum dan selamat tengah hari isnin.
Alhamdulillah saya sihat, awak pulak sihat ke hari ni? Kalau rasa tak bermaya, kurang bertenaga, tak ceria, apa kata kita sama-sama check apa yang kita buat sehari-hari. Apa yang kita makan sehari-hari, apa yang kita minum sehari-hari, malah tabiat kita sehari-hari.
Kadang-kadang kita ni dah terbiasa buat sesuatu yang kurang sihat, seperti contoh makan makanan yang bergoreng, pagi, tengah hari, petang bahkan sampai terbangun tengah malam pun mesti awak nak pekena teh atau kopi. Yang student pula, dah jadi tabiat dengar lagu kuat-kuat guna fon telinga sambil study sampai 2 3 jam, dan sebagainya.
Kadang-kadang kita ni dah terbiasa buat sesuatu yang kurang sihat, seperti contoh makan makanan yang bergoreng, pagi, tengah hari, petang bahkan sampai terbangun tengah malam pun mesti awak nak pekena teh atau kopi. Yang student pula, dah jadi tabiat dengar lagu kuat-kuat guna fon telinga sambil study sampai 2 3 jam, dan sebagainya.
Oh ya, saya ada banyak benda nak dikejarkan dalam minggu ni. Audit Dalaman 5S jumaat ni, Lawatan ke Pesta Buku nak confirmkan tarikh, chop, C.H.O.P (Oh My English...huhuhu saya suka iklan tu), stamp borang student dan lain-lain.
Okay lah, saya ada nak kongsi sedikit info yang saya dapat dari satu laman web. Harap kita sama-sama baca dan sama-sama boleh amalkan. Ianya bagus untuk buat diri kita kekal sihat dan terhindar dari sebarang penyakit.
12 Nasihat Berguna Untuk Kita Kekal Sihat
1. Jawab panggilan telefon dengan TELINGA kiri.
2. Jangan minum kopi lebih dari DUA (2) KALI sehari.
3. Jangan ambil pil dengan AIR SEJUK.
4. Jangan makan terlalu banyak (MAKANAN BERAT) selepas jam 5 petang.
5. Kurangkan pengambilan TEH.
6. Kurangkan pengambilan makanan BERMINYAK.
7. Minum lebih banyak air pada waktu PAGI, dan kurangkan pengambilan air pada waktu MALAM.
8. Pastikan jarak diri anda tidak terlalu dekat dengan PENGECAS TELEFON.
9. Jangan gunakan FON TELINGA / FON KEPALA terlalu lama.
10.Masa tidur yang terbaik ialah pada jam 10 MALAM hingga 6 PAGI.
11. Jangan terus masuk tidur (BARING) sejurus selepas mengambil ubat.
12. Jangan menjawab panggilan telefon bimbit ketika telefon tersebut hampir kehabisan BATERI.
Sumber : www.manhag.net
P/S : Saya translate sendiri dalam BM, jadi kalau rasa salah maksudnya tu, saya minta maaf ye :-)
Sekian. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment