Friday, April 20, 2012

Peti #10 : Cinta Monyet

[Peti ini panjang jugak kot]
Assalamualaikum. Salam tengah hari jumaat pulak.

Saya kan orang kampung. Betul-betul saya tak pernah duduk bandar lama-lama sampai awak layak panggil saya orang 'bandar'. Habis-habis lama duduk di Pantai Dalam, KL dalam 3 tahun. Saya rasa kalau saya tulis dalam blog ni mesti tentang kat sini-sini je, yelah kat sini-sini, bukan bertukar-tukar lokasi (sekejap kat airport, sekejap kat Paris, sekejap kat dalam LRT) . Ini pulak lokasi beli-belah Pebiliyon (betul ke entah saya eja ni...huhuhu), bukan dekat Bukit Bintang, bukan dekat Kota London bercuti musim panas, bukan dekat Tokyo Disneyland atau senang cakap, tak ada cerita dekat tempat orang kaya-kaya yang duit berkepuk-kepuk (ingat-ingatlah sedekah dekat golongan yang memerlukan). maaf emosi pulak.


Saya sebenarnya nak cerita pasal cinta Monyet, terbuat intro emosi pulak.

"Alah, elok awak study betul-betul dulu. fokus belajar, jangan menggatal. jangan nak biroh sangat."
"Cinta zaman sekolah ni cinta budak-budak. Cinta tak matured. Cinta nafsu je."
"Bercinta sakan zaman sekolah, esok-esok kahwin dengan orang lain jugak."

Ramai orang cakap cinta monyet cinta budak-budak. Alah, betul la kan. Sebab kalau orang dah matured bercinta dia panggil Cinta Sejati. (hehehe, gurau aja)

Saya ada baca blog dia ni. Dia perempuan yang cantik dan tabah. Blog dia kalau awak baca bawah label 'love' memang saya rasa awak menangis. Paling-paling ada rasa basah kat mata. Dia sangat menyayangi kekasih hati dia. Tapi kekasih hati dia dah meninggal dunia (Al-fatihah). Dia dan kekasih hati dia couple dari zaman sekolah lagi. Sampai sekarang dia tak dapat lupakan kekasih hati dia dan belum jumpa pengisi ruang hati dia yang kosong. Ok cukup tak mau cerita lebih-lebih pasal dia. Boleh ke blog dia di SINI.

Saya sendiri?
Saya ada cinta monyet. Macam tak sedap nak panggil 'monyet' terkinja-kinja macam monyet je rasa. Cinta budak-budak ni memang la best. Tapi kan masa tu kan zaman tsunami handphone belum melanda. Saya rasa bil telefon si dia mencanak-canak naik tiap-tiap bulan. Siang malam berdering telefon rumah. Saat tu, kalau telefon berdering, terus cepat-cepat nak jawab. Kalau mak atau kakak yang jawab, memang kecut perutlah jawabnya. Apa kemahuan dalam cinta masa tu? Kalau saya nak jawab, cinta yang tidak memikirkan soal susah senang selepas kahwin. Skop cinta saya hanyalah berbual-bual di telefon, disulami lawak-lawak dalam majalah Ujang dan Gila-Gila. Tapi tak ada pulak nak tanya atau borak-borak tersembur air sangat pasal study. (Masa ni saya sekolah menengah ye). Masa hari jadi saya dapat hadiah. Masa saya rasa frust atau sakit hati, dia tempat melepas. Banyak la nak cerita tapi segan pun ada ni. Takut terbuka cerita lama-lama yang sensitif pada sesetengah pihak. :-)

Saya salute dengan kawan-kawan yang berjaya merealisasikan cinta budak sekolah mereka hingga ke alam perkahwinan. Cukup-cukup saya salute. Dah memang jodoh itu betul juga. Ketentuan Ilahi. 

Persoalannya?
Kadang-kala awak sendiri rasa menyesal terjebak dalam cinta budak sekolah. Sebab cinta tu dah kecundang di tengah jalan. Kalau cinta tu bertahan, tak ada la awak rasa menyesal kan. Kenapa awak kena terjebak dan dijebak oleh cinta budak sekolah? Awak pun satu.... kenapa mesti nak bercinta masa sekolah?
Allah kan dah tentukan yang terbaik buat kita semua. 

Saya sekarang bekerja dengan gelumang kerenah budak lepasan SPM. Saya tau juga ada yang couple-couple sesama mereka kat sini. Pernah sekali saya singgah di kedai sepupu di bandar, saya terserempak dengan sepasang couple di kalangan student di sini. Yang syiok ialah mereka pegang-pegang tangan ala-ala drama korea yang couple pegang tangan sambil lintas jalan. Lepas tu pakai seluar ketat-ketat mengepat badan dan baju singkat yang color terang-terang sakit pinar-pinar mata tengok bila jalan bawah cahaya matahari. (ok, saya minta maaf kalau seakan saya mengutuk, hanya menggambarkan keadaan ketika itu)

Saya juga ada melihat couple-couple kat sini mengakhirkan episod cinta budak sekolah mereka bila selesai pengajian diorang dekat sini. Kasihan pun ada. Tak berani nak cakap sebab kes curang atau kes tidak direstui keluarga ke apa. Tapi satu yang saya pasti, kalau tidak direstui keluarga tu isunya tidak wujud kalau awak masih muda belia. Sebab kadang-kadang mak ayah pun tak tahu awak tengah bercinta masa awak sekolah. Kalau kes curang tu mungkin saya percaya. Tup-tup, ada pengganti dah masing-masing. Betullah, cinta budak sekolah banyak main-main. Sebenarnya banyak main-main apa? Yelah, semua benda tak serius. Gaduh manja-manja, merajuk pun manja-manja. Cakap manja-manja, marah pun manja-manja. Main-main. Saya tak cakap saya setuju 100% yang cinta budak sekolah cinta yang main-main sebab ada yang betul-betul pandai ber'cinta' masa sekolah. Hasilnya, anak sudah 2 3.

Kakak sulung saya pernah tanya, masa umur saya 18 ke 19 tahun ingat-ingat lupa pula. 
"Kenapa 'kawan' dengan lelaki? 'Kawan' aje la dengan orang yang awak betul2 rasa nak kahwin dengan dia. Jangan main-main. Umur tu kan muda lagi." 

Alih-alih dia buat statement, tak apa la cinta zaman budak-budak, persediaan menghadapi emosi perasaan segala bila awak dah dewasa nanti. Sekurang-kurangnya ada pengalaman mengenal lelaki dan jenis-jenis lelaki. Kakak saya ni bercakap atas dasar sebagai perempuan. Jadi saya rasa ada betulnya apa yang dia kata. Awak rasa betul ke macam tu?

Sebagai lelaki, awak yang pernah terjebak dengan cinta budak sekolah, rasanya macam mana ye? Kalau cinta tu tak bertahan, awek awak kahwin dengan orang lain, atau awak curang dengan dia, atau dia curang dengan awak, macam mana?

Tapi percayalah, bila awak dah matang memikirkan soal hidup, mesti awak terkenang-kenang cinta budak sekolah awak yang tak kesampaian tu. Mesti awak cuba-cuba nak bayangkan (walaupun kabur), macam mana la waktu sekarang ni kalau awak kahwin dengan cinta budak sekolah awak tu. 

Oklah, saya penat la menaip. Saya rasa nak stop kat sini dulu. :-)

Sekian. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment