[Peti ini separa panjang]
Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas dengan nikmat free yang paling tak ternilai, gas oksigen.
Arwah abah saya meninggalkan alam fana ni pada puasa ke-3 tahun lepas, kira-kira 2 bulan selepas arwah abang saya. Saya tidak rapat sangat dengan arwah abah. Tapi saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sayangkan abah.
Sesetengah orang panggil abah 'Mezoh', 'Cikgu Mezoh', 'Atuk', 'Ailong' (ayah long), 'Ayah Teh' ---> tak kira lah orang lain panggil dia apa, tapi kami adik-beradik je panggil die abah (ops! dengan abang2 ipar saya sekali).
Mak kata saya ni banyak ikut abah dari segi fizikal. Kuku saya bentuk cawan ikut abah. Muka saya yang bulat bam bam pun ikut abah. Mata saya bulat macam mata panda pun. Hidung lubang tiga segi pun ikut abah.
Lagi satu saya kidal pun ikut abah. Cuma sekarang saya tak tau saya dari gen mana datangnya fiil waktu baring nak tidur, saya mesti goyang2, gesel2 kaki nak tidur. Saya pernah jugak cuba baring diam-diam-diam-----diam, tapi mesti tak rasa mengantuk, rasa tak syiok nak tidur.
Masa saya darjah 1, abah belikan basikal biru. Saya suka sangat-sangat basikal tu. Pergi mengaji dengan basikal tu. Pergi kedai dekat ngan rumah pun naik basikal tu. Masa darjah 1, abah belikan saya sebentuk cincin. Cincin comel, ada 3 batu warna merah. Sayangnya, saya tak tahu entah ke mana cincin tu hilang.
Ayah memang suka bagi buku kepada kami adik-beradik. Dulu buku-buku yang abah bagi, memang disimpan kat rumah. Kadang-kadang di waktu kanak-kanak, saya memang tak faham pun buku apa yang abah bagi. Oh ye...ada satu buku lama yang abah bagi. Kulitnya berwarna hitam, dengan corak kulit buku tu macam kulit ular sawa. Saya cukup takut bila tengok buku tu. Masa kecik2 saya tak pernah baca buku tu sebab langsung tak menarik pada saya dan saya memang tak tau sampai sekarang apa kandungan buku tu. Buku tu pun dah hilang entah ke mana. Mungkin musnah sebab banjir. :-(
Oh ya, abah saya sangat-sangat-sangat suka melukis. Dia selalu lukis gambar orang, gambar anatomi manusia, gambar basikal, gambar kereta termasuklah kereta kebal. Saya rasa tempias gen abah tu melekat pada saya dan arwah abang. sebab tu saya dan arwah abang pun suka melukis.
Entah....
Tiba-tiba rasa menerusup rindu pada abah. Setiap kali saya tengok ke luar tingkap office ni, saya terpegun dengan pandangannya yang luas, hijau dan sayup. Nampak lalang - lalang meliuk-liuk ditiup angin sepoi, berbalam-balam pokok- pokok hijau dari jauh, nampak langit dengan awan putih berkepul-kepul. Rindu tu menerjah masuk, tertusuk dalam-dalam kat lubuk hati. Dah tak boleh nak tengok abah lagi kat dunia ni.
Tiba-tiba rasa menerusup rindu pada abah. Setiap kali saya tengok ke luar tingkap office ni, saya terpegun dengan pandangannya yang luas, hijau dan sayup. Nampak lalang - lalang meliuk-liuk ditiup angin sepoi, berbalam-balam pokok- pokok hijau dari jauh, nampak langit dengan awan putih berkepul-kepul. Rindu tu menerjah masuk, tertusuk dalam-dalam kat lubuk hati. Dah tak boleh nak tengok abah lagi kat dunia ni.
(Tik...tik...tik...)
Al-fatihah. Rasa basah pula kat mata ni...
i knew...
ReplyDelete